Siakap Keli

(Video)”Tak Sangka Selayang Dah Sampai Level Ni,” Video ‘Skill’ Gempak Budak Ni Jadi Perhatian

Teknik ‘freestyle football’ atau bola sepak gaya bebas semakin mendapat perhatian ramai. Namun tidak semua mampu melakukannya. Kaki pemain umpama digam pada bola yang ‘jinak’ mengujakan mata penonton yang melihat. Kebiasaannya aksi ini sering dipamerkan oleh pemain-pemain bola sepak luar negara.

Tetapi, bagi seorang pemuda dari Selayang, Selangor dia berjaya membuktikan sebaliknya apabila bakat unik tersebut berjaya dirakam di sebuah taman permainan dan menjadi tular di media sosial. Aksinya yang bersahaja dan lincah itu dikatakan setanding dengan pemain hebat dari luar.

Video yang dikongsikan oleh aleemyazram di Twitter itu telah mendapat hampir 300 ribu tontonan dan 23 ribu ulang kicau (retweets) dalam tempoh sehari dimuat naik.

Anak siapa ni?

Netizen yang membanjiri ruangan komen turut mengagumi kebolehan pemuda tersebut. Rata-ratanya memuji bakat yang dimilikinya kerana bukan mudah untuk menguasai teknik tersebut.

Edit pakai ‘apps’ apa ni?

Ingat budak Damansara je hebat

Aku sepak bola pun tak betul

Sumber : Twitter aleemyazram

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra