Siakap Keli
Gambar Hiasan

Dah 10 Tahun Pekan Ini Tiada Kelahiran Bayi Lelaki, Pasangan Bakal Diberi Ganjaran Jika Lahirkan Anak Lelaki

Dilaporkan, selama hampir satu dekad, tiada seorang bayi lelaki pun yang dilahirkan di sebuah pekan kecil di Miejsce Odrzańskie yang terletak di  selatan Poland.

Justeru, dalam usaha untuk menggalakkan pasangan di situ untuk melahirkan bayi lelaki, Datuk Bandar, Rajmund Frischko menawarkan ganjaran kepada pasangan yang berjaya merealisasikan impian tersebut.

Walaupun Rajmund tidak menyatakan apa ganjaran yang bakal dimiliki pasangan bertuah tersebut namun dia memberi jaminan bahawa ianya merupakan sesuatu yang berbaloi.

Tambah Datuk Bandar,

“Saya fikir perkara ini merupakan kejadian luar biasa dan ia patut diselidiki untuk mengetahui puncanya,”

Kewujudan pekan kecil ini mula diketahui apabila pasukan pemadam kebakaran mereka yang terdiri daripada sukarelawan wanita memenangi pertandingan peringkat daerah.

Gambar: Global News

Pekan yang hanya mempunyai seramai 272 orang penduduk ini tidak mempunyai kelahiran bayi lelaki hampir sedekad dan 12 orang bayi yang terakhir dilahirkan di sini kesemuanya adalah perempuan.

Tetapi ada di kalangan penduduk setempat yang beranggapan bahawa perkara itu merupakan satu kebetulan.

Sumber: Insider

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)