Siakap Keli

Desas-Desus Syed Mokhtar ‘Selamatkan’ Utusan, Bekas Kakitangan Perjelas Cerita Sebenar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Syarikat penerbitan akhbar Utusan Melayu (M) Sdn Bhd telah ‘gulung tikar’ secara rasminya pada minggu lalu yang menyaksikan 800 orang pekerja meletak jawatan.

Rantaian daripada isu itu, media sosial tular beberapa hari ini dengan desas-desus Syed Mokhtar Albukhary yang membeli syarikat Utusan Melayu dan memberikan bayangan bahawa Utusan Melayu akan terus ‘hidup’.

Mungkin ada sesetengah masyarakat yang kurang faham mengenai isu ini, justeru seorang bekas pekerja Utusan Melayu, Khairul Azmi Kamaludin menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di Utusan Melayu.

Assalamualaikum

Dalam beberapa hari ini agak viral satu berita daripada Berita Harian Singapura dengan tajuk “Syed Mokhtar Albukhary beli Utusan, Akhbar itu dijangka diterbit semula” bertarikh 11 Oktober 2019.

Kredit Foto: Khairul Azmi Kamaludin

Rasa terpanggil untuk menceritakan situasi yang lebih tepat. Pada saya tajuk berita tersebut membuatkan sesetengah orang keliru. Ada yang buat andaian Syed Mokhtar sudah menyelamatkan syarikat Utusan dan menyangka pekerja utusan boleh kembali bekerja semula.

Ada 2 perkara berbeza disini yang kena difahami terlebih dahulu:
1. Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad
2. Suratkhabar Utusan Malaysia dan Kosmo

Sedikit penjelasan daripada saya, mungkin saya tersilap mohon betulkan.

1. Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo diterbitkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad yang memiliki permit penerbitan.

2. Dalam bulan September 2019 (tak pasti tarikh sebenar), permit penerbitan akhbar dipindahkan ke sebuah anak syarikat milik Kumpulan Utusan iaitu Dilof Sdn. Bhd. Jika dilihat pada belakang akhbar, Utusan Malaysia diterbitkan oleh Dilof Sdn Bhd dan dicetak oleh Utusan Melayu (M) Berhad.

3. Khabar angin bertiup mengenai minat Syed Mokhtar untuk membeli saham utusan dan menjadi pemilik baharu. Tetapi timbul persoalan adakah Syed Mokhtar nak beli syarikat yang banyak hutang?

4. 7 Oktober 2019, Utusan Melayu (M) Berhad melepaskan 70 peratus kepentingan dalam anak syarikatnya, Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd. Langkah ini dibuat untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar arus perdana berkenaan.

5. Utusan Malaysia dan Kosmo sudah dijual. Jadi Utusan Melayu (M) Berhad sudah tiada produk. Ayat mudahnya nak berniaga apa lagi kalau produk utama sudah dijual.

6. 8 Oktober 2019, keluar pelbagai khabar angin dalam whatsapp dan facebook. Keadaan semakin meruncing. Langit semakin gelap. Kilat sabung-menyabung.

7. 9 Oktober 2019. Inilah tarikh keramat yang akan diingati semua pekerja utusan. Pada jam 10:02 minit pagi kami menerima memo terus daripada pejabat Datok Aziz meminta semua pekerja mengosongkan meja masing-masing sebelum jam 1:00 petang. Perasaannya waktu itu hanya tuhan yang tahu.

8. Pengerusi Eksekutif, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata, Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditorsโ€™ Voluntary Liquidation) dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator). Aset akan dicairkan untuk membayar hutang. Katanya kalau ada lebihan dapatlah pampasan kepada pekerja.

9. Bijaknya Syed Mokhtar membeli saham Dilof Sdn Bhd iaitu anak syarikat Utusan yang mempunyai permit penerbitan Utusan Malaysia dan Kosmo. Beliau tidak membeli syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.

10. Memang benar satu suratkhabar baharu akan diterbitkan oleh Media Mulia Sdn Bhd (sebelum ini Aurora Mulia Sdn Bhd). Tun M juga ada menyebut pekerja utusan akan diserap masuk ke dalam syarikat baharu ini persoalannya berapa ramai. Yang pasti tak ramai. Cukup pekerja yang terlibat editorial dan produksi untuk menerbitkan sebuah akhbar.

11. Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baru itu.

โ€œUtusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat,โ€ katanya.

12. Tunggakan gaji masih ada untuk September dan Oktober. Tak tahulah bila akan dapat. Pampasan? Entahlah.

13. Diserap semula. Tak perlu menaruh harapan.

14. Jadi walaupun Utusan Malaysia dan Kosmo diterbitkan, ia oleh tuan yang baharu.

15. Arkib yang terdapat di Utusan Melayu sangat bernilai dan tak ternilai harganya. Apalah nasib khazanah berharga ini. Bayangkan koleksi akhbar utusan 80 tahun tersimpan rapi dari keluaran pertama sehinggalah keluaran terakhir 9 Oktober 2019.

16. Apa nasib pekerja utusan?
Apa nasib anak-anak syarikat utusan yang lain?
Apa nasib arkib utusan?
Apa nasib produk utusan yang lain seperti Utusan Online, Kosmo Online, Tutor A+, Baitul Hikmat, Quloo dan lain2.
Apa nasib 3 juta buku-buku terbitan UPND?

Tiada happy ending cuma mengharapkan ada sedikit pembelaan dan pampasan yang bersesuaian.

๐™†๐™š๐™จ๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™ฎ๐™–, ๐™Ž๐™ฎ๐™š๐™™ ๐™ˆ๐™ค๐™ ๐™๐™ฉ๐™–๐™ง ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™š๐™ก๐™ž ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ข๐™ž๐™ฉ ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™—๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ ๐™๐™—๐™–๐™ง ๐™จ๐™–๐™๐™–๐™Ÿ๐™– ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™š๐™ก๐™ž ๐™จ๐™ฎ๐™–๐™ง๐™ž๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™๐™ฉ๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™š๐™ก๐™–๐™ฎ๐™ช (๐™ˆ) ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™๐™–๐™™.

Utusan Melayu ialah suara keramat orang Melayu dan ia bermula dengan keringat dan air mata wartawan Melayu yang komited pada tahun 1939.

Bermula dengan air mata dan berakhir juga dengan air mata (campur sikit air hujan). Kebetulan pulang ke rumah pada Rabu 9 Oktober 2019 menaiki motosikal dalam hujan yang sungguh lebat. Lebat sungguh, jarak penglihatan terhad. Jiwa kosong. Mengalir juga air mata jantan bercampur percikan hujan. Syahdu weh

Namun begitu saya yakin Syed Mokhtar mampu mengembalikan kegemilangan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo. Hiduplah walaupun tanpa kami. Terkorban atau berkorban itu akan jadi sebahagian episod kehidupan kami. Selamat maju jaya kepada Media Mulia Sdn Bhd

19 Ogos 2019 – Piket oleh NUJ
Piket nie pun ada kebaikan dan keburukan.
Kebaikannya bantuan datang dalam pelbagai bentuk. Sokongan semakin bertambah. Jualan akhbar meningkat begitu juga utusan digital e-paper. Pada masa ini dirasakan sinar cahaya semakin terang. Namun rupanya ia bersifat sementara. Apabila umum mengetahui masalah utusan. Pemiutang mula risau hutang-hutang mereka. Dahulu boleh bayar ansur, boleh buat loan dan boleh bincang2. Keadaan berubah. Awan mendung kembali. Kali ini terus lebat membadai. Keadaan semakin menghimpit. Kita merancang Tuhan tentukan. Akhirnya tanggal 9 Oktober 2019 berkuburlah syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Tempat cari makan dari generasi ke generasi.

01 Disember 2018 – VSS
Seramai 800 pekerja mengambil VSS termasuklah saya. Namun entah apa kejadahnya saya menarik balik VSS dan terus berkhidmat. Barang lepas jangan dikenang. Simpati juga kepada rakan-rakan yang memohon VSS tetapi ditolak oleh syarikat. Sekarang nasi dah jadi bubur dan syarikat Utusan juga sudah berkubur.

Kalau nak cerita daripada BN kalah pilihanraya. Lagi panjangggg. Boleh buat 8 episodlah. Macam-macam permainan ada. Ada yang main tipu. Ada konar sana sini. Haha. Kita citer yang betul tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa. Apa yang terjadi suratan kehidupan.

Jika saya tersilap mohon betulkan. Saya tulis panjang-panjang nie sbb ada kawan-kawan yang ucap tahniah dan bersyukur dengan berita yang dipaparkan oleh Berita Harian Singapura. Saya faham mereka keliru, sama keliru dengan kami yang masih keliru apa yang terjadi. Mengelirukan sungguh.

Tabahlah rakan-rakan utusan. Semoga ada sinar buat kita semua.

Sumber: Khairul Azmi Kamaludin

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra