Siakap Keli

Didakwa Persenda Golongan Miskin, Ini Sebenarnya Cerita Disebalik Tularnya Kereta Wira ‘Dhaif’

Bulan lalu tular di laman media sosial tentang ciapan yang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil. Ciapan mengenai sebuah kereta uzur di jalan raya nyata menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Gambar sebuah kenderaan dalam keadaan kemek pada bahagian belakang kereta itu disertakan tulisan ‘A. kereta ni macam kereta perang’, ‘B. cukup sifat ni’ dan ‘C. ni bukan cukup sifat, ni cukup syarat je ni’.

Namun sejurus sahaja ciapan itu dimuatnaik, ia lantas menerima pelbagai reaksi dan kritikat dari warga neT yang  menganggap gurauan itu tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang wakil rakyat.

Justeru, hari ini Fahmi sekali lagi memuatnaik status di media sosialnya terkaitan isu tersebut untuk menjelaskan situasi berkenaan.

Ini kisah benar. Pada 8 September lalu, saya telah tweet berkenaan sebuah kereta yang dalam keadaan amat daif dan kelihatan seperti tidak selamat untuk dipandu.

Malangnya, tweet saya itu telah disalah faham. Ada yang beranggapan saya memperlekeh keadaan fizikal kereta itu. Malah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk melempar fitnah, kononnya pemandu kereta itu kenalan mereka dan saya memomok golongan berpendapatan rendah.

Pada waktu itu, saya berpendirian untuk memohon maaf dan tidak melanjutkan polemik di media sosial. Saya juga berpandangan bahawa jika benar pemandu itu perlukan bantuan, maka saya perlu bantu secukupnya. Tetapi saya tidak kenal beliau, dan tidak tahu bagaimana untuk menghubunginya.

Gambar: Fahmi Fadzil

Alhamdulillah, ada beberapa pihak yang tampil untuk membantu. Akhirnya, beberapa hari kemudian saya berjaya hubungi individu tersebut.

Nama beliau Yap Chi Hoe. Beliau berusia 39 tahun dan tinggal di Klang. Ibu bapa beliau sudah tiada. En Yap bekerja sebagai pemandu lori (bukan pemandu Grab), dan cukup menyayangi haiwan. Beliau juga tidak mengenali siapa individu tersebut.

Pada mulanya, En Yap tidak mahu bertemu. Saya berkata yang saya mahu memohon maaf kepada beliau, tetapi beliau tidak yakin. Maka saya anggap cerita ini tertutup di situ.

Laporan polis En Yap pada 8 Sep 2019

Namun selepas beberapa hari, En Yap pula menghubungi saya. Beliau setuju untuk bertemu. Saya mendapat cerita penuh dari beliau, dan inilah ringkasannya:

Pada 8 September, En Yap terlibat dalam satu kemalangan di satu lebuhraya apabila dilanggar sebuah lori kontena dari belakang. Beliau telah menunggu tow truck, dan kerana beliau perlu tepati temu janji maka telah membuat keputusan untuk tetap memandu kereta yang telah dilanggar lori kontena itu.

Dari perbualan saya, saya dapati beliau sedang menghadapi masalah penglihatan yang mungkin mengakibatkan kehilangan penglihatan total, dan membuat keputusan untuk mengusahakan bantuan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana pihak pengurusan Pantai Hospital Kuala Lumpur telah bersetuju untuk membantu secara pro bono sebagai sebahagian dari projek CSR mereka. Doktor pakar mata telah mendapati satu mata beliau mengalami masalah ‘chronic retinal detachment’, dan satu lagi perlu laser.

Gambar: Fahmi Fadzil

Saya ingin ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Erica Lam (CEO) dan Dr Manoharan Shunmugam (pakar mata) di atas bantuan mereka untuk kes ini.

Pembedahan itu telah dijalankan semalam (15hb Oktober), dan hari ini saya melawat beliau. Tiada masalah sampingan dari pembedahan, dan beliau akan dibenarkan pulang hari ini.

InshaAllah, selepas ini En Yap akan diberi sedikit rawatan susulan, dan saya percaya dengan keadaan mata yang semakin baik beliau akan berpeluang membina kehidupan yang lebih baik nanti.

Semoga segala usaha kita diberkati Ilahi.

Nota kaki: Kereta En Yap dianggap ‘total loss’, dan pihak insuran akan membantu beliau sepenuhnya.

Sumber: Fahmi Fadzil 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)