Siakap Keli

Hilangkan Kulat Susu Guna Air Kencing Bayi, Doktor ‘Bidas’ Petua Pelik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap ibu bapa pasti mempunyai pelbagai petua atau amalan tertentu untuk menjadikan bayi mereka untuk terus sihat, membesar dengan baik dan terhindar daripada segala penyakit.

Sesetengah petua yang diamalkan sememangnya memberikan kesan yang baik namun ada juga petua yang dilihat tidak masuk akal dan boleh memudaratkan bayi.

Dalam kiriman yang dikongsikan Dr Muhammad Izzat di laman Facebook beliau, ada individu yang berkongsi petua untuk menghilangkan kulat susu yang terdapat dalam mulut bayi dengan menggunakan air kencing bayi itu sendiri.

Kredit Foto: Dr Muhammad Izzat

Tidak setuju dengan petua tersebut, Dr Muhammad Izzat menerangkan apa itu sebenarnya kulat susu dan bagaimana untuk menghilangkannya.

Ni namanya oral thrush – kulat dalam mulut. Orang melayu panggil kulat susu. Kenapa namanya kulat susu? Sebab keadaannya macam warna susu, tapi ianya bukan disebabkan oleh susu.

Kalau kite lap bahagian putih2 tu kalau hilang putih tu, tu bukan kulat. Tapi sebaliknya ianya adalah lebihan susu. Maka boleh lap bersih guna kain napkin yg bersih.

Kalau dah cuba lap, tapi tak ilang-ilang gak putih-putih tu, bukan la disebabkan susu. Tu disebabkan oleh kulat. Kulat dalam mulut ni biasa sangat berlaku, 1 dalam 20 babies. Biasa jumpa kat baby berusia 4 minggu, kadang-kadang baby besar sikit pun boleh ada. Baby yg tak cukup bulan lahir sebelum 37 minggu lagi senang dapat kulat mulut ni.

Disebabkan kulat mulut ni tak berbahaya, maka selalunya tk payah buat pape. Pastikan mulut sentiasa bersih je lepas menyusu. Nanti dia hilang sendiri. Cuma kulat mulut ni kadang-kadang boleh sebabkan baby sakit dalam mulut dan taknak menyusu, ni kena jumpa doktor untuk pemeriksaan. Ada ubat antikulat boleh sapu dalam mulut – ni kena jumpa Dr.

Baby yg ada kulat mulut ni boleh pindahkan jangkitan kulat kat puting mak, kalau baby menyusu badan. Kalau puting mak dah merah, berdarah, bengkak, sakit perlu jumpa Dr untuk rawatan.

Yang pastinya, rawatan untuk kulat mulut baby ni BUKAN sapu air kencing baby tu sendiri dalam mulut. Jangan mengarot !

Sian ko dik, ingatkan dalam rahim je minum air kencing sendiri, lepas beranak pun tetap sambung minum kencing sendiri 🤷‍♂️. Apelah rasanya tu ?

Sumber: Dr Muhammad Izzat  

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra