Siakap Keli
Kredit: Nur Fitri Damia

“Isha Macam Kurang Selera Makan Kak”, Kanak-Kanak Alami Bengkak Pada Leher, Susah Bernafas Dan Telan Makanan

Ibu bapa mana yang tak gelisah apabila anak yang disayangi jatuh sakit. Inilah dugaan yang dihadapi oleh ibu bapa kepada adik Nur Falisha Mardina bt Fahme Rezuan, 1 tahun 9 bulan yang menghidap penyakit Cyst hygroma sejak dilahirkan.

Cyst hygroma merupakan pembesaran abnormal pada leher dan kepala bayi yang membesar dari masa ke masa. Menurut Healthline, gangguan ini berlaku sejak bayi masih dalam kandungan namun boleh muncul selepas kelahiran.

Menurut sukarelawan yang aktif berkongsi tentang adik Isha, Nur Fitri Damia, bengkak pada leher kanak-kanak berkenaan semakin membesar dari hari ke hari.

Pada hujung bulan lalu, adik Isha telah membuat CT scan di mana doktor memberitahu pembengkakan tersebut merebak sehingga ke dada dan berkemungkinan akan membesar lagi.

Katanya, doktor memberitahu pembengkakan itu boleh menyebabkan saluran pernafasan dan makanan tertutup.

Berikutan itu, doktor menyarankan adik Isha menjalani pembedahan bagi mengelakkan dari bertambah besar dan membahayakan saluran pernafasannya.

Permintaan dari seorang ibu

Nur Fitri turut berkongsi luahan ibu adik Isha di Facebook miliknya.

“Kak Fitri… Ishah macam kurang selera makan kak… Dr yang nak ot dia pun belum balik dari luar negara… Ika risau kak…”

“Kak… nanti tolong post gambar Ishah.. Mohon sahabat-sahabat FB doakan anak Ika ya kak… Ika risau kak.”

Allahuakbar.. Ya Allah.. Permintaan dr seorang yg bergelar “Ibu”

Ishah kena kuat ya sayang… nanti dr Ishah balik… kita jumpa doktor Ishah ya nakk..

Apalah yg anak ni tau seusia Ishah maksud OT. Yang dia tahu, main, makan, tidur. Tapi setiap kali aktiviti hariannya pasti akan terganggu oleh ketumbuhan yang nampak semakin membesar.

Ketumbuhan yang boleh menekan dada dan saluran pernafasannya. Bayangkan kalau mendadak membesar. Allahuakbar. Jauhkanlah ya Allah.

Sahabat, mohon luangkan seminit waktumu mendoakan Ishah ya.

Semoga Ishah kuat bertahan sampai doktornya balik. Dan pembedahan berjaya. Amin.

Jika anda ingin memberi sumbangan, bolehlah salurkan kepada akaun ibu adik Isha, Nur Atekah Mohd Yusof, 2005351000103289 (Agrobank) atau hubunginya melalui Facebook miliknya.

Sumber: Nur Fitri Damia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.