Siakap Keli
Gambar : The Sun

Jepun : Jumlah Kematian Akibat Taufan Hagibis Meningkat 74 Orang

Tokyo : Taufan Hagibis yang melanda tengah dan timur Jepun pada Sabtu dan Ahad, meragut sekurang-kurangnya 74 nyawa, 218 cedera manakala 12 lagi dilaporkan hilang, lapor agensi berita Xinhua.

Sebanyak 146 kes tanah runtuh dilaporkan di 19 buah wilayah dan kira-kira 10,000 rumah dilanda banjir.

Menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan dan agensi-agensi kerajaan lainĀ  kejadian tanah runtuh berlaku di 73 lokasi di sepanjang 52 batang sungai. Bagaimanapun, jumlah kerosakan akibat bencana itu belum dapat dipastikan kerana sesetengah kawasan tidak boleh dilalui kerana paras air banjir terlalu tinggi.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.