Siakap Keli
Kredit Fsciencenews.org

Ketepi Rasa Malu, Pakar Saran Golongan Lelaki Jalani Ujian Mamografi Untuk Kesan Potensi Kanser Payu Dara

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerap kali kita dengar mengenai kes kematian yang melibatkan pesakit kanser payudara. Namun, ianya sering dikaitkan dengan golongan wanita sahaja. Tapi, lelaki juga berpotensi untuk mendapat penyakit kanser payudara tersebut.

Terdapat satu kajian yang dijalankan dalam Jurnal Radiologi menyatakan penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan mamografi selektif dan sekali gus dapat membantu menyelamatkan nyawa bagi penghidap penyakit tersebut.

Nak tahu lebih lanjut, jom ikuti perkongsian Hello Doktor dibawah.

Pemeriksaan Mamografi dapat membantu 

Melalui pemerhatian selama lebih 12 tahun yang dilakukan melibatkan 1,869 individu lelaki dengan median usia 55 tahun membuktikan pemeriksaan mamografi juga berkesan dalam membantu diagnosis kanser payudara pada lelaki.

Dr Gao memberitahu “Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa kemungkinan untuk mengesan kanser payudara lelaki lebih awal dengan menggunakan mamografi adalah jalan yang terbaik. Ini bermakna kanser payudara pada lelaki tidak hanya akan dapat dikesan apabila timbul gejala dan sekali gus dapat membantu mengesannya sebelum ia merebak ke nodus limfa, serta meningkatkan prognosis untuk bertahan hidup.”

Penyelidik turut menyifatkan pemeriksaan mamografi atau keupayaan untuk mengesan kanser  payudara pada lelaki adalah 100 peratus. Manakala keupayaan untuk membezakan untuk membezakan kanser dengan penemuan lain adalah 95 peratus.

Keadaan ini adalah kerana lelaki mempunyai tisu breast fibroglandular yang kurang berbanding wanita yang sekali gus menyukarkan pengesanan kanser payudara pada wanita.

Memerlukan lebih penyelidikan

Walau bagaimanapun, buat masa ini National Comprehensive Cancer Network (NCCN) tidak menyokong dapatan kajian ini berkaitan pemeriksaan mamografi kerana kekurangan bukti, walaupun kepada individu lelaki yang mempunyai risiko tinggi.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Dr Gao berharap hasil kajian ini akan memberikan asas untuk penyelidikan lebih lanjut dilakukan. Ini sekali gus membuka peluang untuk menyeragamkan pemeriksaan bagi individu lelaki yang berisiko tinggi.

Kredit: Hello Doktor

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.