Siakap Keli

Lagi Siswa UM Ditahan Semasa Konvokesyen, Jumpa Pelakad, Hasut Graduan Lain Di Facebook

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai satu rakaman seorang graduan yang melancarkan protes ketika Majlis Istiadat Konvokesyen. Graduan tersebut yang menayangkan plakad yang tertera frasa ‘Tolak Rasis” dan “Undur VC” dianggap tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol serta kelancarannya.

Terbaru, hasil pemeriksaan oleh pihak Universiti Malaya (UM), seorang lagi graduan dipercayai telah cuba membuat perkara yang sama.

Hasil pemeriksaan yang dibuat, pihak UM telah menemui sekeping plakad yang dilipat, dalam pemilikan graduan tersebut yang mengandungi perkataan-perkataan yang bersifat provokatif. Penemuan plakad itu memperlihatkan bahawa graduan berkenaan mempunyai niat untuk menganggu perjalanan Istiadat Konvokesyen yang bakal berlangsung.

Disebabkan perkara itu, graduan tersebut telah dibawa keluar dari Dewan Tunku Canselor dan tidak dibenarkan menyertai istiadat Konvokesyen. Tindakan itu diambil adalah bagi memastikan kelancaran dan ketenteraman Istiadat yang dihadiri oleh kira-kira 1500 tetamu termasuk para ibu bapa, para ahli akademik dan para graduan yang lain.

Terkesan dengan tindakan tersebut, graduan berkenaan melalui laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan untuk membidas tindakan yang diambil kepadanya itu. Dakwanya, tindakan itu adalah tidak berasas dan juga turut mempersoalkan mengenai kebebasan bersuara yang telah disekat.

Sumber: Universiti Malaya

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra