Siakap Keli
Kredit Foto: Harith Faisal

Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Jual Kereta, Boleh Jual Pada Harga Lebih Tinggi Dari Harga Normal ”Used Car”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Urusan jual kereta bukannya mudah walaupun kereta tersebut adalah milik kita sendiri. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Urusan jual beli juga merumitkan bagi mereka yang tidak pernah menguruskan sendiri tentang urusan jual beli kereta ini.

Perkongsian Harith Faisal dilaman facebooknya yang berpuas hati mengenai urus niaga menjual kereta miliknya sendiri kerana urusannya berjalan lancar dengan begitu pantas. Selain itu, beliau juga memuji tindakan pekerja Carsome.my yang memberi layanan yang baik dan menjawab persoalan yang dikemukakan dengan pantas dan bagus.  Menurut coretan beliau, proses ini hanya mengambil masa selama beberapa hari sahaja untuk diselesaikan.

Mula-mula, kau masuk website atau page Carsome untuk set appointment. Pilihlah kau nak pergi ke cawangan yang mana. Macam saya, saya pilih cawangan Selayang.

11 Oktober 2019 (Jumaat)

Saya hantar kereta untuk inspection pukul 10 pagi. Inspection tu ambil masa 30 minit. Dorang akan test drive, cek apa-apa yang patut dan ambil gambar.

Saya lepak kat Oldtown White Coffee sementara tu. Dah setel, staf akan call saya.

Hari yang sama, dorang akan offer harga untuk jual direct kepada dorang. Kau boleh pilih untuk terima atau tak. Macam saya, saya tak terima sebab offer agak rendah.

Pilihan kedua, dorang akan masukkan kereta saya dalam bidding system. Saya sendiri akan tetapkan berapa harga mula untuk bidding tu. Saya letak lebih sikitlah daripada harga yang dorang offer.

Saya pun bawa kereta balik.

12 Oktober 2019 ( Sabtu)

Bidding saya mula pukul 12 tengahari hingga 3 petang. 3 jam saja. Sebelum mula bidding tu, Carsome akan hantar emel kepada kita, dalam emel tu ada link untuk kita saksikan sendiri bidding tu secara LIVE.

Ada 2 orang yang masuk bid hari tu. Tepat pukul 3 petang, kereta saya sold pada harga yang lebih tinggi 23% daripada normal harga yang used car akan ambil. Rezeki.

Saya terus accept harga bidding tu. Boleh je kalau tak nak accept. Tapi, saya puas hati dengan harga tu, jadi tanpa was-was saya terus accept-lah.

Staf Carsome terus call saya untuk set appointment untuk hantar kereta. Saya pilih Isnin 14 Oktober 2019, pukul 2 petang.

13 Oktober 2019 (Ahad)

Pagi tadi saya ada meeting kat ofis, dalam perjalanan ke ofis, saya pun mengimbau kembali jasa-jasa kereta ni kat saya.

Memang banyak jasa Saga merah ni. Kereta inilah yang saya bawa hari-hari masa saya duduk kat Tanjong Malim dan kerja bank kat Kuala Lumpur. Hari-hari ulang alik ya. Mileage memang tinggi kaw kaw lah jawabnya. Kenangan betul.

Anyway, tadi saya sampai ke Carsome Selayang pukul 2 petang, terus saya jumpa staf yang uruskan. Dalam masa 20 minit semua selesai segala dokumen yang perlu ditandatangan.

Saya bagi kat dia nombor akaun CIMB, dalam masa 10 minit duit jualan terus dikreditkan masuk ke dalam akaun saya. Laju betul!

Ini adalah cara yang perlu dilalui oleh pemilik kereta yang sudah bebas daripada hutang. Namun, bagi mereka yang masih berhutang dengan bank, Carsome.my juga dapat menyelesaikan masalah jual kereta ini. Staff dari Carsome.my akan bersama-sama anda ke bank bagi menyelesaikan settlement tersebut.

Kredit: Harith Faisal

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.