Siakap Keli

“Lepas Kakak ‘Pergi’ Tenanglah Ibu,” Cikgu Dakwa Terjumpa Nota Budak Darjah 5, Sebut Pasal Mati

Tular di laman twitter hari ini apabila seorang guru memuatnaik ciapan mendakwa bahawa dia terjumpa sebuah diari milik pelajarnya. Namun yang menarik perhatian netizen adalah ketika membaca kandungan yang ditulis oleh pelajar yang baru berusia 11 tahun tersebut. Netizen melihat perkara berkenaan tidak seharusnya bermain di minda kanak-kanak seusia itu.

“Masa buat spotcheck, aku jumpa diari student aku Its privacy i know that But aku curious nak baca then i found this guy, tak sangka budak yang pandai tapi got problem like this Baru darjah 5 and im so worried about that..”

Kanak-kanak itu merasakan seolah-olah dia tidak mempunyai sesiapa di dunia ini dan inginkan kebebasan.

Tidak terhenti di situ, si anak kecil itu meluahkan bahawa ibunya itu gemar memintanya melakukan kerja rumah dan mendakwa dirinya turut dirotan.

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak seusia itu mampu berfikir dan mengganggap bahawa dirinya tidak penting atau diperlukan lagi.

Ciapan yang tular sekelip mata dan mendapat lebih dari 14K ulang kicau dan 11k tanda suka itu dipenuhi pelbagai reaksi warga net yang rata-rata menzahirkan kebimbangan mereka kepada pelajar berkenaan.

Kena dekati mereka dalam usia ini, so kena ada sesi suruh dan sembang

Kesiannya adik ni, sesungguhnya apa yang ditulis tu adalah luahan ikhlas dari hatinya

Ini mungkin simptom awal yang akan menjurus kepada tindakan membunuh diri

Beri dia perhatian lebih, sentiasa tanya keadaan dirinya

Fikiran macam ni memang berbahaya, tapi tak lama lagi dia akan tahu kenapa ibu dia buat macam tu

Orang macam ni tengah depress, kena pandai dapatkan kepercayaan dia untuk bukak topik supaya dia bercerita

Makin besar makin faham kenapa mak aku buat macam tu dulu

Malah warga twitter tidak ketinggalan menceritakan semula pengalaman mereka sewaktu berada dalam situasi tersebut. Ada yang bercerita tentang ketidakpercayaan mereka kepada kaunselor sekolah yang dianggap tidak boleh menyimpan rahsia.

I pernah tulis macam ni, memang pressure jadi anak sulung. Bukan salah ibu bapa 100%, kadang-kadang kita yang terlalu emosi dan rasa kurang kasih sayang

Nak mati banyak kali gaklah pikir, tapi bila dengar ustazah kata kalau bunuh diri, bau syurga pun tak dapat

Sumber: Shafik Samsudin 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.