Siakap Keli

Muat Naik Gambar Keluarga Tanpa Isteri, ‘Caption’ Aliff Syukri Cetus Pertanyaan Netizen

Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangannya Datin Seri Nur Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Jutawan kosmetik tersebut yang sering dikaitkan dengan kontroversi panas seringkali menjadi tumpuan ramai. Kebahagiaan antara pasangan itu yang bakal menimang cahaya mata kelima turut dipertontonkan melalui video-video lucu mereka berdua.

Namun, baru-baru ini kedua-duanya sering dilihat memuat naik perkongsian luahan sedih seolah menggambarkan kemelut rumah tangga yang sedang bergoyah. Malah, video atau gambar berdua yang sering dipaparkan seperti sebelum ini sudah lama tidak dimuat naik.

Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik sekeping gambar beliau bersama anak-anak dan ibunya tanpa kehadiran isteri. ‘Caption’ yang tertera pada gambar tersebut seakan memberi bayangan bahawa hidup bersendirian lebih bahagia tanpa kehadiran pasangan.

Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia

View this post on Instagram

merekalah segalanya.. Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia….

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sebelum itu pada sehari lepas, beliau turut memuat naik sekeping gambar beserta luahan sedih perasaannya.

Cubalah mengerti perasaanku

Dalam pada itu, Datin Seri Nur Shahida turut memuat naik satu perkongsian seakan meluahkan rasa hati yang tersimpan sebelum ini.

Walau hati tak redha tapi itukan takdir kita

View this post on Instagram

Bila buat Q & A,banyak orang tanya dan cerita ttg masalah kehidupan masing…….kadang2 saya rasa dah cmm pakar motivasi🤣🤣….sedangkan hidup saya pun x berapa nak betul juga… rupanya kadang kita rasa kita dah merana tapi ada yg lebih hebat dugaan nya… . Dulu2 waktu saya kecik bila saya sedih atau saya kena marah saya pasti akan tulis dalam buku atau kertas ttg apa yg saya lalui hari ini….saya buat benda tu sampai saya dah ada anak 2 orang……tapi lama2 saya x buat lagi sebab apa? sebab bila kita baca balik kita akan rasa sedih dan ingat segala yg pahit2 dalam hidup… . Jadi tips dia nak bahgia ni kena lupa benda2 yg buruk….ingat yg indah2 sahaja sebab bila kita sedih kita x akan kemana2 pun malah kita akan rasa lagi down dan tidak bersemangat…… . walau hati tidak redha tapi itukan takdir kita,kena kuat sebab masa akan membantu kita melupakan segalanya❤️❤️👏🏻

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Datuk Aliff dan isterinya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Moga kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

Sumber :Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra