Siakap Keli
Kredit: Google

Pekerja Asing Diberi Kerja, Tempat Berteduh Didakwa Ambil Kesempatan Perkosa 3 Anak Majikan

Beluran – Polis menahan seorang pekerja warga Indonesia yang didakwa memperkosa tiga beradik berumum 7 hingga 12 tahun di sini Khamis lepas.

Menurut Ketua Polis Beluran, Supt Kasim Muda, suspek yang berusia 24 tahun tersebut melakukan perbuatan tersebut sejak hujung 2018 sebelum perbuatannya terbongkar apabila salah seorang mangsa mengadu kepada ibu saudara mereka yang tinggal berhampiran.

Suspek telah ditahan di Kawasan Ladang Kampung Berayung selepas ibu saudara mangsa melaporkan perbuatannya kepada polis pada 8 Oktober lepas, katanya.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja kebun keluarga mangsa sejak kira-kira setahun yang lepas dan telah diberikan tempat tinggal iaitu di rumah mangsa dan keluarganya,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tambahnya lagi, suspek didakwa mengambil kesempatan kerana tinggal sebumbung dengan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.