Siakap Keli

“Pelihara Kesucian Agama Lebih Penting Dari Menang Debat”, Netizen Puji Peserta, Kecam Tajuk Debat Kontroversi

Baru-baru ini kecoh apabila timbul isu penganjur Debat Tun Razak memilih tajuk kontroversi yang menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan dakwaan Islam tidak menghalang homoseksual dan Al-Quran perlu ditulis semula atas alasan kononnya ia mempunyai kandungan yang boleh disalah tafsir secara ekstrem.

Berikutan itu, ramai pihak tampil memberi komentar masing-masing dan mengecam penganjur program berkenaan yang disifatkan melanggar etika perdebatan agar tidak menyentuh sensitiviti agama, bangsa, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara.

Dulu Quraysh dan musyrik yang memburukkan al-Quran..

Penasihat Syariah, Dr Ahmad Sanusi Azmi mendakwa tajuk perdebatan tersebut sebahagian daripada corak pemikiran yang berjuang mempertahankan perbuatan menyentuh sensitiviti agama di Malaysia.

“Salah satu tajuk perdebatan yang menjadi isu hangat adalah pandangan yang menyatakan bahawa perlakuan homoseksual bukanlah satu dosa bahkan terdapat kenyataan yang menegaskan bahawa tiada larangan dari Allah berhubung perkara ini.

“Malah apa yang lebih menyedihkan lagi, terdapat juga tajuk yang membuka persoalan atau cadangan menulis semula al-Quran yang dikatakan menyebabkan pemahaman yang radikal dalam kalangan Muslim.

Beliau turut memberi dalil-dalil jelas pengharaman homoseksual dalam Islam.

“Apa yang lebih menyedihkan, tajuk sebegini diberikan pula kepada pelajar sekolah; seakan satu pendedahan untuk mendidik pelajar mengkritik hukum yang telah ditentukan di dalam al-Quran.

“Kalau dahulu yang memburukkan al-Quran ini adalah Qurasyh dan orang musyrik. Hari ini anak-anak Muslim sendiri dilatih untuk mengucapkan kata nista tersebut kesan dari pemikiran liberal yang ditanam dibenak mereka.”

Memelihara kesucian agama lebih penting dari menang debat

Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) turut tampil menyuarakan sokongan terhadap peserta dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang atas pendirian tegas mereka menentang kebatilan.

“Sewajarnya, tindakan SMAP Kajang dijadikan sebagai contoh kepada para remaja dan sekolah di luar sana. Memelihara kesucian agama Islam itu lebih penting dari memenangi pertandingan debat yang memutarbelitkan prinsip akidah,” katanya.

Tahniah SMAP Kajang, anda pemenang sebenar

Terang-terang menyalahi syarat pertandingan

Sekolah patut jadi tempat suburkan nilai murni

Tajuk bukan tahap pelajar sekolah

Turut tular di media sosial adalah kenyataan media didakwa daripada pihak penganjur yang tampil memberi penjelasan berhubung isu berkenaan. Ia dimuat naik ke facebook oleh pemilik akaun Faizal Riduan.

Sumber: Dr Ahmad Sanusi Azmi, KRIM Bangi

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.