Siakap Keli

“Saya Nak Bawak Isteri Masuk Syurga,” Pernah Bercinta Dengan Lelaki Lain, Sifat Pemaaf Si Suami Buat Air Mata Isteri Berjurai

Ketika seorang suami melafazkan akad, maka tanggungjawab si suami sudah bermula ke atas si isteri. Malah, tanggungjawab isteri juga tidaklah mudah. Amanah yang diberikan adaalh amat besar sekali. Sifat sabar dan memaafkan yang tinggi antara salah satu kunci utama kebahagiaan rumahtangga.

Semua manusia di muka bumi ini akan ada ujian yang tersendiri mengikut kemampuan seseorang. Bila bercakap tentang cinta, ia merupakan satu perasaan yang lahir dari hati sehinggakan kita sendiri terlupa dengan tanggungjawab yang diamanahkan.

Satu video daripada perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman Facebooknya mengenai seorang isteri diuji mencintai lelaki lain ketika bergelar isteri. Penceritaannya membuatkan setiap individu yang menonton video tersebut akan berasa sebak.

Ya, sebak dengan ketulusan sang suami memaafkan kekhilafan yang dilakukan oleh isterinya.

Ini respon Ustaz Ebit Lew di sebuah majlis motivasi kekeluargaan yang dianjurkan untuk bulan ini.

Sebak menangis kasihan bila dengar kisah mereka. Jatuh cinta dengan lelaki lain selain suami. Semua orang menangis tepuk tangan bila abang ni kata saya maafkan isteri saya dan saya minta maaf. Minta ampun pada Allah. Saya nak bawa isteri saya masuk syurga. Allahuakbar.

Kadang-kadang dalam rumahtangga kerana lalai. Kita mula jatuh cinta dan suka orang lain. Baik lelaki atau wanita. Bukan nak cari silap siapa. Tapi kita semua silap dan lalai. Cinta sebenar bila kita cinta kepada Allah. Barulah datang cinta dan sayang kerana Allah. Cinta kekal sampai syurga.

Semailah rasa cinta. Ia anugerah Allah saat pernikahan. Kita lupa beri masa bersama. Makan bersama suap menyuap. Tak sempat buat talim rumah. Baca Al-Quran sama-sama. Mula tidur asing. Zaman ni masing-masing sibuk dengan hp. Tak sempat dengar pasangan. Lupa membantu, hargai dan puji pasangan. Kadang makan dan beri masa untuk orang lain.

Love = time. Berilah masa dan semaikanlah rasa cinta.

Syukur baru ini lihat ramai pasangan saling memaafkan dan pegang tangan menangis kerana hati rasa kosong sebab lalai dari tujuan hidup.

Sumber: Ebit Lew

 

Kerjaya bersama kami di Siakap Keli

Maharsuri sdn bhd kini dalam proses mengembangkan operasi ke arah lebih besar, ketika ini kami memang mencari anda yang memang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.

Jawatan: Penulis/Writer 

– Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah

– Berumur 26 tahun dan ke bawah dalam bidang berkaitan.

– Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan.

– Memang minat menulis.

– Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi.

– Boleh berkerja Shif.

Email Resume dan cover letter ke [email protected]

Jawatan: Head Of Sale & Marketing

– Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Sale & Marketing.

-Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dan menguasai Bahasa ketiga satu kelebihan.

-Boleh berkerja dibawah tekanan.

-Berpenampilan dan berperwatakan menarik.

-Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi untuk mengetuai dan menguruskan sebuah team.

Email Resume dan cover letter ke [email protected]

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)