Siakap Keli

“Serius Aku Tak Boleh Terima”, Azhan Rani Selar Kenyataan Pensyarah

Sejak beberapa hari lalu, timbul satu kontrovesi apabila seorang pensyarah ekonomi daripada salah sebuah universiti tempatan mendakwa bahawa pekerjaan sebagai penghantar makanan merupakan satu pekerjaan yang tidak bermaruah. Kenyataan tersebut bagaimanapun telah menimbulkan reaksi kesal dan marah daripada pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan netizen.

Isu ini bukan sahaja diperdebatkan dalam kalangan netizen, malah turut memberi kesan kepada beberapa orang selebriti di negara ini. Antaranya ialah pelakon hebat, Azhan Rani yang tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah berkenaan.

Menerusi kapsyen tersebut, Azhan Rani meluahkan rasa kesalnya terhadap pensyarah yang secara tidak langsung telah mencalarkan maruah seorang pensyarah dan juga universiti.

Sedang ko cakap pasal kerja orang tak bermaruah ko baru saja mencalarkan maruah ko sebagai seorang pensyarah, maruah semua pensyarah ekonomi, maruah universiti tempat ko bekerja, malah maruah aku yang sebangsa dengan ko.

Tambahnya lagi, sesuatu kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang sepatutnya mencerminkan ketinggian akal budi diri sendiri. Isu mengenai maruah bukanlah sesuatu yang boleh sewenang-wenangnya dibicarakan, malah perlu diteliti dan difahami sebelum ianya dituturkan.

Selain Azhan Rani, rakan artis yang lain juga turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon lelaki berkenaan dan rata-ratanya menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh seorang pendidik.

Selain itu, rata-rata netizen juga nyata tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah berkenaan.

“Rezeki halal ko sapa nak judge orang lain cari rezeki”

“Siapa ko nak judge kerja macam ni tak bermaruah”

“Kerja yang tak bermaruah ni la kerja halal, sanggup redah panas dan hujan demi sesuap nasi”

Sebelum ini, pihak universiti turut mengeluarkan kenyataan berkenaan kenyataan pensyarah terbabit.

Dalam pada itu, menerusi satu laporan media, pensyarah berkenaan telah memohon maaf serta mendakwa bahawa kenyataannya telah disalah tafsir beberapa pihak.

Sumber: UPM, Azhan Rani

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra