Siakap Keli
FOTO: MAISARAH HANNAN

Tak Nak Murid Berlapar Di Sekolah, Cikgu Sediakan Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak sanggup melihat anak-anak di sekolah kelaparan, guru kaunseling ini cetus idea untuk memberi makanan secara percuma di sebuah sekolah di mana tempatnya mengajar.

Ketika dihubungi, Maisarah Hannan berkata apa yang beliau terima membuatkan hatinya sebak dan sedih melihat keadaan murid-murid yang mungkin tidak bersarapan atau tidak mempunyai wang untuk makan.

Tiada Murid yang harus berlapar!

Untuk tatapan para penyumbang hanya ucapan Terima Kasih yang mampu sy berikan.. Ada antara 50 penerima makanan percuma ini merupakan anak yatim di Sekolah Menengah Kebangsaan Konven St. Cecilia di Sandakan, Sabah. Besar sungguh pahala kalian.

Bahkan, menurutnya ada juga yang menyumbang makanan untuk projek makanan percuma di sekolah tersebut.

Tambahnya, projek makanan secara percuma ini sudah berlangsung sejak tahun 2018 dengan sumbangan lebih daripada 20 bungkus setiap hari waktu permulaan. Kini, banyak sumbangan yang disalurkan untuk menjaga kebajikan pelajar.

Rata-rata warganet juga mendoakan kesejahteraan guru ini dan mengharap agar projek seperti ini akan di ikuti oleh sekolah lain juga.

“Terbaiklah cikgu”

“Semoga amal jariah cikgu dapat dicontohi..”

 

Sumber: Maisarah Hannan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)