Siakap Keli

Tak Setuju Petisyen Tarik Balik Ijazah Graduan, ‘Tweet’ Gadis Dikecam Teruk Netizen

Tindakan yang dilakukan oleh seorang graduan yang melancarkan protes ketika Majlis Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaya dilihat sebagai satu tindakan yang tidak menghormati protokol majlis dan juga tetamu yang hadir.

Susulan itu, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan media yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut malah pihak universiti juga telah membuat laporan polis. Dalam pada itu, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya tampil melancarkan satu petisyen khas menuntut pihak Universiti Malaya menarik balik sijil ijazah sarjana muda milik graduan berkenaan.

Hasil tinjauan, petisyen tersebut telah meraih melebihi 90 ribu tandatangan setakat jam 4.20 petang ini (Rabu, 16/10/2019).

Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang tidak bersetuju dengan petisyen yang dilancarkan agar ijazah milik graduan tersebut ditarik balik. Menerusi satu ciapan di laman Twitter, seorang gadis berpendapat bahawa penarikan ijazah itu agak keterlaluan untuk perbuatan itu.

Saya tak setuju dengan petisyen ini. Ya, dia sepatutnya buat permohonan maaf terbuka. Tapi untuk menarik balik ijazahnya adalah keterlaluan? Itu adalah tidak betul.

Menerusi ciapan berkenaan, gadis tersebut menulis agar graduan hanya dikenakan hukuman kerja sosial di samping membuat permohonan maaf. Tambahnya lagi, netizen tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan.

Apabila ditinjau di ruangan komen, ternyata bahawa rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh gadis berkenaan. Ada yang berpendapat sekiranya tindakan tersebut dilakukan, ianya boleh menjadi pengajaran kepada generasi akan datang.

“Betul lah teruk sangat hukuman kalau tarik balik ijazah. Tapi sebelum buat kenapa dia tak fikir”

“Kalau tarik ijazah, maybe tak ada lagi graduan yang akan berani buat perangai macam ni lagi”

“Tak nak setuju, sebab makin lama nanti jadi makin melampau”

“Mak bapak nak celebrate anak dorang graduasi tiba-tiba dicemari insiden macam ni, mau tak hangin”

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra