Siakap Keli

(Video) “Asas PUBG Ada Kat Pakcik Ni”, Gelagat Pak Cik Lintas Jalan Buat Netizen Terhibur

Selain daripada kesesakan lalu lintas, terdapat juga pelbagai ragam pengguna yang boleh kita lihat di atas jalan raya. Ada sesetengah gelagat pengguna boleh buatkan kita terhibur sehingga boleh lupa ‘stress’ terpaksa menghadapi kesesakan.

Menerusi satu rakaman video viral di media sosial, seorang lelaki dilihat sedang melintas jalan dan melakukan aksi yang membuatkan ramai orang terhibur.

Ketika lampu isyarat menunjukkan warna merah, semua kenderaan di laluan berkenaan telah berhenti dan memberi peluang kepada pejalan kaki untuk melintas jalan. Namun, apa yang menarik perhatian ialah reaksi seorang lelaki warga tua yang melakukan aksi ‘menembak’ sebuah kereta yang dilihat terlajak ke hadapan dan hampir melanggarnya.

Reaksi yang dipamerkan itu nyata menghiburkan ramai ketika dia mengangkat payung yang dibawa dan menghalakan ke arah kereta berkenaan yang telah berhenti. Seperti melepaskan beberapa das tembakan, lelaki berkenaan terus mengatur langkah melintas hingga ke akhirnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet nyata terhibur dengan dengan reaksi yang dipamerkan oleh lelaki berkenaan.

“Salute uncle ak 47… don’t play play..”

“Asas pubg ada kat pakcik ni..bukan kaleng2”

“Ni askar pencen”

Sumber: We are Malaysians

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra