Siakap Keli
Gambar: Google

(Video) ”Berapa Bars Jangan Tanyalah, Dia Langgar Habis”, Viral ‘Band’ Muzik Negara Jiran Didakwa Ciplak Lagu Haqiem Rusli

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dengan isu hak cipta lagu “Tergantung sepi” hasil nyanyian Haqiem Rusli didakwa diciplak oleh sebuah kumpulan pemuzik dari Indonesia.

Isu hak cipta itu telah didedahkan oleh seorang komposer muzik melalui akaun Instagramnya @sirkhandanial, seorang komposer.

Dakwanya, sebuah kumpulan muzik daripada Indonesia yang bernama Symphony Band telah meniru muzik daripada lagu “Tergantung sepi” yang dihasilkan oleh Gouffran & Ibnu itu.

“Ramai dah Dm saya berkenaan lagu Pergi Saja by Symphony band kejadah apa tak tahu.

“Lagu ni tiru sebijik melodi Tergantung Sepi hampir 100%, berapa Bars jangan tanya lah dia langgar habis”, katanya.

Menurut Sir Khan Danial, kumpulan pemuzik yang berasal dari Indonesia ini baru sahaja ditubuhkan dan saluran YouTube bagi pemuzik ini juga baru sahaja dibuka pada 7 September.

https://www.instagram.com/p/B3qT__0FaB7/

Menerusi entri di akaun Instagramnya, Sir Khan menggesa supaya pihak syarikat rakaman yang menerbitkan lagu tersebut untuk mengambil tindakan ke atas kumpulan pemuzik dari Indonesia itu.

“@fmcmusic sila ambil tindakan yang sepatutnya under copyright Infrigement, or plagiarism whatsover.

“Kena tembak skit dorang ni. Tak habis-habis rembat hasil usaha orang. Kebenaran tak minta. Semua langgar!”, katanya lagi.

https://www.instagram.com/p/B3pJBbDFFW-/

Walau bagaimanapun, video lagu yang dimuat naik menerusi saluran YouTube kumpulan pemuzik dari Indonesia itu dipercayai telah dipadam.

Video berkenaan sebelum dipadam dikatakan telah ditonton lebih dari 3,000 kali.

Haqiem Rusli yang memuat naik satu perkongsian menerusi Instastoriesnya pula hanya memberikan tanda emoji tersenyum sahaja.

Sementara itu, Sir Khan Danial yang dilihat memandang serius isu hak cipta ini menggesa orang ramai supaya melaporkan video tersebut pada pihak YouTube menerusi ruangan instastoriesnya semalam.

Sumber: @sirkhandanial

 

Kerjaya bersama kami di Siakap Keli

Maharsuri sdn bhd kini dalam proses mengembangkan operasi ke arah lebih besar, ketika ini kami memang mencari anda yang memang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.

Jawatan: Penulis/Writer 

– Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah

– Berumur 26 tahun dan ke bawah dalam bidang berkaitan.

– Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan.

– Memang minat menulis.

– Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi.

– Boleh berkerja Shif.

Email Resume dan cover letter ke [email protected]

Jawatan: Head Of Sale & Marketing

– Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang Sale & Marketing.

-Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dan menguasai Bahasa ketiga satu kelebihan.

-Boleh berkerja dibawah tekanan.

-Berpenampilan dan berperwatakan menarik.

-Mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi untuk mengetuai dan menguruskan sebuah team.

Email Resume dan cover letter ke [email protected]

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.