Siakap Keli

(Video) “Cantik Pukulan Tuanku”, Netizen Kagum Hayunan Sempurna Permaisuri

Permainan Golf sememangnya sering dikaitkan dengan golongan elite ataupun bangsawan yang menjadikannya sebagai hobi. Apa tidaknya, kos untuk memiliki set lengkap Golf pun sudah mencecah ribuan ringgit. Pun begitu, ada juga golongan yang mengambil kesempatan untuk bermain golf di pusat-pusat golf dengan harga yang jauh lebih rendah.

Tidak terkecuali dengan permainan ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga turut bermain golf. Ianya dilihat melalui satu video yang dikongsikan olehnya di laman Twitter.

Video berdurasi 25 saat yang dipaparkan dengan ‘Slow Motion Mode’ itu memaparkan Raja Permaisuri Agong membuat pukulan yang sempurna. Hasil daripada pukulan tersebut, bola tersebut dilihat melayang jauh dari tempat ianya dipukul. Malah, menerusi satu pertanyaan oleh seorang netizen, bola tersebut dikatakan bergerak sejauh 130m.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata kagum dengan aksi yang dilakukan oleh Raja Permaisuri Agong itu. Ada juga yang mengatakan bahawa diri mereka sendiri pun tidak mampu membuat pukulan sempurna seperti itu.

“Nice swing Tuanku”

“Cantik pukulan tuanku”

“Ingat naik tinggi, tapi rendah pi jauh.. hebat tuanku”

Sumber: @cheminahsayang

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra