Siakap Keli

(Video) Lebih 100 Ribu Tontonan, Kerana Risau Punya Pasal Kucing Ni Berlari Laju Kejar Tuan Buat Netizen Terhibur

Mungkin disebabkan rasa panik melihat kehilangan tuannya secara tiba-tiba, seekor kucing berlari laju bagi memeriksa keadaan tuannya itu.  Sayang betul nampak?

Pemilik kucing berkenaan AizenKamil yang memuat naik video berkenaan di Twitter, hanya ingin melihat reaksi kucing peliharaannya yang dikenali sebagai Chopot itu. Dia melakukan satu gimik menggunakan sehelai kain dengan berlari menyembunyikan diri sebelum dikejar oleh Chopot.

Rakaman tersebut yang berdurasi 16 saat menjadi tular di media sosial kerana berjaya mencuri hati netizen. Dalam tempoh beberapa jam sahaja dimuat naik, ianya telah mendapat lebih 100 ribu tontonan dan 11 ribu ulang kicau (retweets).

Nak tengok reaksi kucing

Kucing paling ‘clingy’

Rata-rata netizen yang mengakui terhibur dengan video tersebut menyifatkan kucing berkenaan sebagai bijak. Ada yang mencuba perkara sama kepada kucing peliharaan mereka tetapi tidak berhasil.

Apa pun, memang comel betul si Chopot ini ya. Kami doakan Chopot terus sihat dengan teletahnya yang menghiburkan hati ramai!

Risau betul tuan dia hilang

Beria panggil, kesian dia

Buat kat kucing sendiri tak jadi

Kucing aku kalau aku mati pun dia buat bodoh je

Sumber : Twitter @AizenKamil

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra