Siakap Keli

(Video) Orang Ramai Bergegas Keluar Dari ‘Mall’, Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Filipina

Satu gempa bumi melanda di selatan Filipina dengan kekuatan 6.4 magnitud telah dicatatkan berhampiran bandar Columbio hari ini. Kejadian tersebut memaksa penduduk di Davao dan beberapa bandar lain di Mindanao menyelamatkan diri dari berada dalam bangunan. Tinjauan yang dilakukan oleh Geologi Amerika Syarika mengesahkan gempa bumi itu dikesan kira-kira dari 70 kilometer dari barat laut Davao.

Rakaman dari Agensi Berita Filipina, detik cemas orang ramai yang bergegas keluar daripada sebuah bangunan pusat membeli -belah sejurus gempa bumi berlaku.

 

Sumber: Thenational.ae

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)