Siakap Keli
Gedung kereta milik Trust Kikaku. Kredit Foto: Simmit

(Video)Harga Memang Tak Masuk Akal, Youtuber Temui Gedung Pelbagai Koleksi ”Rare” Nissan Skyline

Ramai golongan muda yang minat dengan koleksi kereta-kereta mewah hanya mampu menyimpan angan-angan berikutan dengan harga yang tidak mampu mereka miliki.

Lain pula yang berlaku pada kali ini. Seorang Youtuber, Simmit berasal dari Australia telah menemui sebuah gudang Nissan Skyline di Jepun yang menjanjikan harga yang tidak masuk akal dan mampu untuk dimiliki.

Simmit terkejut dengan wujudnya sebuah firma yang pakar dalam Nissan Skyline dikenali sebagai Trust Kikaku yang menawarkan pelbagai jenis kereta tersebut di sebuah kawasan terpencil di kota Jepun itu.

Terdapat pelbagai pilihan yang terdapat disana termasuklah R32,R33 dan R34 yang menjanjikan harga yang tidak masuk akal. Keadaan kereta di Trust Kikaku ini juga dalam keadaan yang sangat baik.

Kereta yang disimpan di gudang ditutupi dengan plastik

Kereta yang dipamerkan di sana juga ditutupi dengan plastik untuk memastikan ianya kekal bersih.

Menurut Simmit ini adalah kali kedua beliau berurusan dengan Trust Kikaku namun ini adalah kali pertama beliau dibawa ke lokasi ini.

Selain daripada itu, Trust Kikaku juga mempunyai alat ganti kereta yang dijual disana. Alatan ganti kereta yang sukar dicari juga boleh didapati disana.

Untuk maklumat lanjut, boleh tonton video ini:

 

Kredit: SAMMIT

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.