Siakap Keli

Afdlin Seru 100,000 Orang Bantu Kumpul Dana Untuk Musim Sejuk Syria

Musim sejuk di Syria bakal tiba tidak lama lagi dan pastinya mereka memerlukan banyak bantuan daripada segi keperluan makanan dan pakaian.

Sebagai negara yang prihatin, ramai diantara kita tampil membantu dan bersedia untuk membantu melengkapkan segala keperluan itu di samping kehadiran para selebriti yang merancakkan lagi kempen bantuan untuk Syria ini.

Kredit Foto: Free Malaysia Today

Afdlin Shauki merupakan salah seorang selebriti di negara ini yang giat menjalankan kempen bantuan kemanusiaan bukan sahaja untuk Syria malahan Palestin dan negara-negara bergolak yang lain. Beliau juga menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki bagi menjalankan misi bantuan ke negara-negara tersebut.

Dalam entri terbaru beliau di Instagram, dia menyeru orang ramai untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Syria dan yayasan yang ditubuhkannya hanya memerlukan sumbangan sebanyak RM100,000 sahaja lagi.

Yes rm100,000.00. Dengan izin Allah, ini target saya untuk misi musim sejuk ini. Kami akan berangkat pada January 2020. Tidak, saya tidak boleh buat seorang. Saya perlukan 100,000 orang SAHAJA. Agama? Bangsa? WE ARE ALL THE SAME.

KENAPA 100 ribu?
Saya hanya perlukan RM1 dari 100,000 saudara ini. Ya mungkin amountnya kecil bagi seorang, tapi masyallah sgt sgt sgt saya hargai. Bukan untuk saya, tapi untuk anak anak kecil Syria, orang tertindas , ibu bapanya dan UTAMA untuk DIRI ANDA. Hari penghujung kita bila nak mengadap yang ilahi. Soalan yang akan membuat kita bergetar tidak berkata apa. ‘APA SUMBANGAN MU DI DUNIA INI HAMBA KU’

Bersediakah anda? Aku? Aku tidak bersedia, aku ingin berjuang.
Do we care? If you care, lets do it! Dan comment ‘DONE! I CARE!’

Anda boleh menyalurkan bantuan di:

Yayasan Afdlin Shauki
Maybank
564810516713

View this post on Instagram

Yes rm100,000.00. Dengan izin Allah, ini target saya untuk misi musim sejuk ini. Kami akan berangkat pada January 2020. Tidak, saya tidak boleh buat seorang. Saya perlukan 100,000 orang SAHAJA. Agama? Bangsa? WE ARE ALL THE SAME. KENAPA 100 ribu? Saya hanya perlukan RM1 dari 100,000 saudara ini. Ya mungkin amountnya kecil bagi seorang, tapi masyallah sgt sgt sgt saya hargai. Bukan untuk saya, tapi untuk anak anak kecil Syria, orang tertindas , ibu bapanya dan UTAMA untuk DIRI ANDA. Hari penghujung kita bila nak mengadap yang ilahi. Soalan yang akan membuat kita bergetar tidak berkata apa. ‘APA SUMBANGAN MU DI DUNIA INI HAMBA KU’ Bersediakah anda? Aku? Aku tidak bersedia, aku ingin berjuang. Do we care? If you care, lets do it! Dan comment ‘DONE! I CARE!’ Yayasan Afdlin Shauki Maybank 564810516713 #yayasanafdlinshauki #yayasankubra #syria #sadaqahcentre

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

 

Sumber: Afdlin Shauki

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.