Siakap Keli

“Bila Kawan Sendiri Depress, Siap Kutuk Belakang,” Gadis Sindir Sikap Sesetengah Orang, Lebihkan Artis Dari Kawan Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isnin lalu, industri hiburan dunia dikejutkan dengan berita duka di mana bintang popular Korea yang ditemui mati di kediamannya.

Lebih mengejutkan apabila polis Korea Selatan mengesahkan bahawa kematian pelakon dan bekas anggota f(x) itu adalah disebabkan bunuh diri di mana beliau telah menggantung diri di tingkat dua rumahnya.

Berikutan tragedi duka itu, ramai rakan artis yang membatal serta menangguhkan kesemua program yang dirancang sebagai tanda berduka di atas pemergian bintang berkenaan.

Tidak terkecuali para peminat yang turut berkabung memenuhi ruangan media sosial dengan tanda palang nama pelakon itu sambil meluahkan rasa sedih.

Namun hari ini, tular satu ciapan yang dimuatnaik oleh Syaqila yang seolah-olah menyindir sikap sesetengah masyarakat yang hanya ‘tersedar’ tentang sesuatu isu apabila ia terjadi kepada selebriti.

Syaqila menambah bahawa orang ramai lebih memandang isu besar tetapi langsung tidak menghiraukan perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Malah Syaqila menjelaskan ada individu yang tidak mengambil peduli masalah yang dihadapi oleh rakan mahupun orang terdekat dengan menganggap ia itu sesuatu yang remeh.

Ciapan yang mendapat lebih dari 15k ulang kicau itu dipenuhi dengan pelbagai reaksi dan pendapat yang rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Syaqila.

Terima kasih sebab luahkan apa yang terbuku di hati saya selama ini

Jangan tunggu artis bunuh diri sebab depresi baru mau bising, kawan-kawan kamu yang selalu jalan sorang pernah kamu tanya apa khabar?

Paling menyampah bila kat social media je sembang macam tu padahal bila kawan mintak tolong, banyak alasan pulak dia bagi

Aku pernah nangis sebab orang asyik kutuk-kutuk aku dan cakap “Alaa, kau ni sikit je do, bukannya apa pun.”

Baru-baru ni, bekas kawan aku yang pernah jauhkan diri sebab dah tak mampu nak ‘layan’ mood aku dengan bangganya bercerita pasal benda yang dia sendiri tak mampu nak buat

Pernah rapat dengan seseorang yang perangai macam ni, tapi dia pernah suruh aku diam waktu aku cakap pasal bunuh diri

Biasalah, orang famous disanjung, diambil berat tapi kawan sendiri dibiar mereput, disisih dan dibiar terkapai-kapai

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)