Siakap Keli

Dah Musim Tengkujuh, Ini 6 Tips Keselamatan Untuk ‘Rider’ Selamat Sampai Ke Destinasi

Biasalah bila musim tengkujuh, mulalah perut asyik lapar je tapi nak keluar rumah malas. Terdapat pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk pesan makanan dengan mudah.

Mereka yang membuat penghantaran makanan akan mengalami kesukaran untuk membuat penghantaran sepanjang musim hujan. Jadi, ini tip yang boleh anda guna ketika berhadapan situasi diatas. Tips ini sesuai juga untuk penunggang motosikal yang ulang-alik pergi kerja.

Gambar: blibli.com

 

1. Pilih pakaian yang sesuai

Paling utama, pakaian anda perlu sesuai. Disebabkan sekarang musim tengkujuh sedang melanda, rider jalan raya perlu menyediakan baju hujan dan memakainya setiap kali perlu menunggang motosikal. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan!

Selain itu, pakaian yang dipakai perlu dipilih daripada material poliester atau sintetik agar ia lebih cepat kering jika terkena air. Sebaliknya, cuba elak dari mengenakan baju cotton kerana bukan sahaja ia lambat kering, malahan juga susah untuk dicuci jika terkena kotoran jalan raya.

2. Penggunaan helmet yang cerah

Pakaian juga harus berwarna cerah bagi memudahkan orang lain melihat anda. Begitu juga dengan helmet. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ada helmet yang direka khas untuk ditunggang pada waktu tertentu seperti waktu malam dan hujan.

Helmet jenis ini sangat sesuai dipakai pada musim terkujuh kerana ia mempunyai ciri khas seperti mempunyai pelekat pemantul cahaya (reflektor).

Nota tambahan: Jangan sangkut helmet terbalik bawah tempat duduk motosikal jika tidak mahu ia menjadi singki, ya?

3. Penggunaan sarung tangan & kasut

Sebagai penunggang motosikal terutamanya seorang rider, penggunaan sarung tangan penting apabila berhadapan dengan cuaca buruk. Ia bagi memastikan apabila tangan anda tergelincir dari throttle tidak akan membahayakan anda. Selain itu, ia juga patut digunakan untuk mengelakkan jari mengecut.

Manakala, pemakaian kasut juga penting bagi mengelakkan kaki anda terluka terkena serpihan batu atau pasir dijalan raya. Kalau mahu lebih selamat, mungkin anda boleh cuba kasut Phua Chu Kang.

4. Sentiasa pasang lampu 

Jika tidak memasang lampu semasa sedang menunggang motosikal, ia adalah kesalahan mandatori. Jadi, tidak ada alasan untuk anda tidak menggunakan lampu ketika hujan.Namun begitu, jangan pula anda pasang high beam atau signal pula ya. Takut ia akan mengelirukan pengguna jalan raya lain pula nanti.

5. Elak lopak air

Lopak air akan menyebabkan cengkaman tayar menjadi kurang lekat. Selain itu, lopak air yang dalam akibat jalan berlubang mungkin akan mengakibatkan anda terjatuh daripada motosikal. Jadi, cuba elak lopak air selagi boleh. Namun, jangan pula anda menunggang terhuyung hayang macam orang mabuk semata nak mengelak lubang, pula!

6. Bawa berhati-hati

Walau kedengaran klise, namun ini adalah tip yang penting. Buat rider di luar sana, sila bawa dengan berhati-hati: perlahan dan cermat. Apabila tiba di simpang, sila perlahankan motosikal dan tukar ke gear yang lebih rendah terutamanya jika membelok. Tetapi, jangan tarik brek secara mengejut pula. Ia akan membahayakan diri anda.

Jadi, jangan sesekali bawa terlalu laju dan memotong kenderaan di hadapan secara membabi-buta. Dengan keadaan jalan raya yang licin ia akan lebih berisiko untuk berlaku kemalangan. Jika terlalu lebat sehingga penglihatan terhad, berhenti seketika di tempat yang disediakan.

Kesimpulannya, sebagai seorang rider sebelum memulakan perjalan kita harus mempersiapkan diri untuk menempuh sebarang kemungkinan yang berlaku diatas jalan terutamanya ketika musim tengkujuh kini.

Sumber: hellodoktor

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)