Siakap Keli
Kredit: Treee Hugger

”Diretweet” Lebih 25k, Wanita Ini Kongsi 20 Nasihat Berguna Untuk Kewangan Anak Muda

Sementara masih muda dan sihat ni lah kita patut menyimpan untuk kegunaaan masa depan, kan? Kalau satu hari berlaku kemalangan atau jatuh sakit, sekurang-kurangnya kita ada tabung kecemasan.

Tak kira sama ada anda ingin menabung untuk kecemasan atau berjalan-jalan ke luar negara atau perkahwinan, tips kewangan ini mungkin berguna untuk anda.

Berikut adalah perkongsian daripada broker saham, Farhana Aini Omar untuk menguruskan kewangan anda.

Ini nasihat kewangan untuk orang muda:

1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Buka RM1,300.

RM1300 untuk minimum amaun jika anda mendaftar haji. Buka akaun TH dengan mendaftar haji adalah dua perkara berbeza. (Gambar: Bernama)

2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)

3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak kerja samping boleh buat, ada Grab Food, Food Panda dan macam-macam.

4. Ambil satu plan perubatan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan perlindungan RM150K tiap tahun, baru RM75

5. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.

6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat Facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu percuma.

via GIPHY

7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanja kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.

8. Sedekah sekurang-kurangnya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.

9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing-asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.

10. Pergi mohon Private Retirement Scheme (PRS). Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.

11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.

12. Kurangkan bakar duit sendiri, yakni merokok. Kesihatan terjaga duit pun jimat.

13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dengan trend Instafamous.

14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, jimat minyak.

15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.

16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam aplikasi dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.

Gambar hiasan. (Kredit: CFC.ie)

17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.

18. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pun hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.

19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Sokong dorang.

20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.

*DISCLAIMER*: Nama pon nasihat, rasa bermanfaat & sesuai, boleh la ambil. Gambar sekadar hiasan. (Kredit: El Faris Hanafi)

Mula rasa tak mampu, rupanya boleh je hidup

Jangan lupa insuran untuk komitmen yang dibuat

Jadi bolehlah buat 20 checklist, mana yang anda dah berjaya buat, mana yang belum. Semoga berjaya!

Sumber: Farhana Aini Omar

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.