Siakap Keli
Gambar Hiasan(Kredit: CPYU)

“Speaking Pun Bersepah, Ada Hati Nak Speaking”

Encik Yusof merupakan seorang usahawan produk makanan sejuk beku yang berjaya. Kini produknya sudah berjaya menembusi pasaran luar negara. Ketika ditanya rahsia di sebalik kejayaan beliau jawapan yang kami terima sangat tidak dijangka.

Menurut beliau, apa yang sentiasa ditanam dalam dirinya ialah untuk sentiasa berusaha memperbaiki bahasa Inggerisnya dari hari demi hari. Pelik dengan jawapan yang didengari, kami meminta beliau untuk ceritakan dengan lebih lanjut lagi.

Benda ni mula sejak sekolah menengah lagi.” katanya memulakan cerita.

Masa tu sekolah saya adakan lawatan sambil belajar di Muzium Negara. Ketika sedang khusyuk melihat pameran yang diadakan, tiba-tiba saya dan rakan-rakan didatangi oleh pasangan mat salleh. Mereka bertanyakan kepada kami mengenai pameran yang ada di situ.”

Saya bukan tak tahu jawapannya tapi tak mampu untuk menjawab dalam bahasa Inggeris,” katanya kesal.

Sindiran daripada rakan-rakan

Orang Melayu cakap Melayulah. Acah-acah la kau ni”

“Speaking pun bersepah! Ada hati nak speaking.”

“Itulah ejekan yang sering saya terima daripada rakan-rakan sekolah, tapi dek kerana selalu diejek, saya mula hilang keyakinan diri.”

Apa yang menyedihkan, bila keputusan peperiksaan dikeluarkan, markah subjek bahasa Inggeris saya menjadi tumpuan rakan-rakan dan sering memperlekehkan saya.”

Bukannya mahu mengungkit perkara lama, tetapi En. Yusof menegaskan ia perlu diceritakan bagi memberi pengajaran kepada generasi baru di masa kini.

Hakikatnya, masih ramai di kalangan kita yang menganggap bahasa Inggeris sebagai perkara yang remeh dan dipandang ringan.”

Buat buku lirik lagu sendiri

En. Yusof menggunakan buku latihan sekolah untuk menulis lirik lagu bahasa Inggeris kegemarannya yang sering didengari di radio. Menurutnya, beliau menggunakan buku latihan sekolah lamanya untuk menyalin setiap lirik yang didengarinya melalui peranti kaset yang dipasang pada radio.

Dulu tak senang macam sekarang, nak tahu lirik lagu, Google je dah dapat. Saya peminat Guns N’ Roses, jadi untuk membolehkan saya menyanyi bersama, saya terpaksa tulis sendiri lirik yang mereka nyanyikan. Saya play, pause, rewind, play, pause sehinggalah habis lagu itu saya salin liriknya.”

Katanya lagi, dari situ jugalah beliau mula belajar untuk bertutur dan menyebut perkataan dalam bahasa Inggeris dengan jelas dan lebih baik.

Gambar Hiasan

Belajar daripada TV dan tengok kartun

Program TV dari negara Barat juga banyak membantu En. Yusof berlatih Bahasa Inggeris. Antara rancangan TV kegemarannya ketika itu adalah Friends dan Full House serta kartun-kartun seperti Captain Planet, Ninja Turtles dan Scooby Doo.

Jujur saya katakan, menonton kartun dan rancangan TV adalah perkara yang paling mudah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Yalah, bila kita buat perkara yang kita minat, pasti semuanya jadi lagi seronok”.

“Di sini saya dapat mengasah ketiga-tiga skil sekaligus – membaca, mendengar dan memahami perkataan dalam bahasa Inggeris,” tegas beliau.

Baca komik dari surat khabar

“Disebabkan ibu dan ayah tak mampu untuk hantar saya ke pusat tuisyen, saya diberikan alternatif yang lebih murah di mana mereka belikan saya sebuah kamus dan surat khabar bahasa Inggeris”.

“Surat khabar itu pun bukannya saya baca semua. Saya lebih gemar membaca ruangan komik kerana komik lebih menarik minat saya dan mudah difaham” tambahnya lagi.

Gambar Hiasan(Kredit: MostPooh)

Belajar bahasa Inggeris daripada dorongan ibu bapa

Kita mampu lakukan apa sahaja dengan sokongan ibu bapa. Seperti En. Yusof, ibunya banyak membantu beliau untuk belajar dan berlatih dalam bahasa Inggeris.

“Apabila saya melakukan kesilapan ketika membuat latihan atau mendapat markah ujian yang rendah dalam subjek ini, bebelan ibu akan singgah di telinga saya dan rotan di telapak tangan saya.

Menurutnya lagi, ibu beliau amat menitikberatkan penggunaan bahasa Inggeris kerana dia percaya bahawa mempunyai kemahiran tinggi dalam bahasa Inggeris dapat menolong beliau untuk melangkah lebih jauh dari segi pekerjaan dan kehidupan.

Hari ini, anak-anak muda lebih mudah belajar bahasa Inggeris

Masyarakat hari ini sangat bertuah kerana terdapat banyak peluang dan medium yang tersedia bagi mereka mengasah kemahiran bahasa Inggeris seperti di Cambridge English For Life. Anak-anak saya dari kecil sudah saya terapkan tentang kepentingan penguasaan bahasa Inggeris untuk mereka berdepan di dunia luar apabila mereka meningkat dewasa nanti.

Jadikan Bahasa Inggeris sebagai rutin harian

En. Yusof turut menasihati mereka yang mahu belajar bahasa Inggeris agar tidak malu untuk meneruskan usaha itu. Menurutnya, apa yang penting ialah kita terus berlatih dan berlatih.

Jadikan bahasa Inggeris ini sebagai rutin harian. Jangan malu untuk bertutur dengannya. Pedulikan apa sahaja yang orang kata kerana kita buat bukan untuk orang lain,” tegasnya.

Anggap sahaja usaha ini seperti menyediakan payung sebelum hujan. Mana tahu satu hari nanti kita nak melancong atau ditugaskan ke luar negara, tak adalah malu nak berbahasa Inggeris” tambah En. Yusof.

Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia boleh dianggap sebagai bahasa dunia. Buktinya, jika kita lihat sebarang persidangan atau acara di peringkat dunia yang diadakan, mereka pasti akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan.

Oleh itu, diharapkan dengan sedikit perkongsian daripada En. Yusof ini dapat membuka mata masyarakat mengenai kepentingan bahasa Inggeris dalam kehidupan sekaligus membuatkan lebih ramai mahu mempelajarinya masa akan datang.

“Kuasai bahasa Inggeris anda bersama Cambridge English For Life”
Laman web: www.cambridgeforlife.org/
Facebook: https://www.facebook.com/ceflmalaysia/

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.