Siakap Keli
FOTO: AMIRUL AFIQ

Tolong Betulkan Jubah Senget Sebelum Naik Pentas, Tak Sangka Sahabat Meninggal Dunia Seminggu Lepas Konvo

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiada apa yang lebih memilukan apabila diduga dengan kehilangan seorang sahabat yang ada masa ketika senang dan susah. Perginya pula dalam satu kemalangan yang tidak dijangka pastinya memberikan kenangan perit untuk ditelan. Namun, siapalah kita untuk menolak takdir yang tertulis di Sana.

Inilah perkongsian penuh hiba oleh seorang lelaki di laman Twitternya yang dipercayai rakan satu kuliah kepada mangsa yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya selepas seminggu majlis graduasi berlangsung di sebuah pusat pengajian.

Bagi Amirul Afiq, dia sangat terkesan dengan pemergian kawannya itu walaupun sebelum ini mereka tidaklah serapat mana sehinggalah tiba hari konvokesyen, dikatakan arwah lebih banyak menolongnya menguruskan hal majlis tersebut.

Katanya, semasa hari konvokesyen berlangsung rakannya itu menolong dari awal mula majlis sehingga ke atas pentas.

“Dari mula duduk kat albiruni sampailah masa naik pentas jubah aku senget dia sempat toleh ke belakang nak tengok jubah aku elok ke tak”

Tambahnya lagi, semasa majlis riak wajah rakannya itu agak pelik kerana dia ada mengajak untuk bergambar di luar dewan tapi ditolak, katanya ingin bergambar bersama keluarga terlebih dahulu.

“Arwah ade cakap kalau umur panjang kita jumpa lagi”

“Alhamdulillah aku sempat mintak maaf kat arwah”

Katanya, ini merupakan gambar terakhir bersama arwah.

“sempat jugak aku tolong angkat kau mir”

 

Sumber: Amirul Afiq

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)