Siakap Keli

Tular Edar Buku Komik Agenda Politik Di Sekolah, KPM Jelaskan Tak Pernah Beri Kebenaran Dan Kelulusan

Hari ini media sosial tentang isu komik yang didakwa diedarkan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Komik yang didakwa mempunyai agenda politik itu dilihat tidak sesuai untuk bacaan para pelajar dan menerima kritikan hebat dari netizen.

Justeru untuk mengelakkan timbulnya sebarang spekulasi, Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik sebentar tadi memuatnaik hantaran di laman Facebooknya tentang penjelasannya mengenai isu ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran Buku Komik ini kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik ini daripada mana-mana pihak atau pembekal.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang neutral dan tidak seharusnya menjadi medan penyebaran propaganda politik.”

“Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal,” jelas kenyataan itu.

KPM berkata ia juga akan mengkaji dengan teliti isi kandungan buku tersebut melibatkan fakta dan orientasi penulisan.

“KPM juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri mengenai aspek keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Maszlee Malik 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.