Siakap Keli

(Video) “Allah Maha Besar,” Hujan Turun Ketika Azan Berkumandang, Dakwa Hampir Padamkan Kebakaran Hutan Di Lubnan

Kebakaran mula merebak ke sekitar Lubnan hingga memaksa para penduduk untuk melarikan diri dan meninggalkan rumah mereka ketika api marak menghampiri kawasan perumahan di kampung-kampung selatan Beirut.

Kebakaran yang pada mulanya dijangka dapat dikawal itu bertukar parah apabila angin kencang menyebarkan lagi api dari kawasan hutan hingga ke pergunungan Shouf.

Setelah lebih 48 jam, pasukan pertahanan awam, pasukan pemadam api serta helikopter tentera Lubnan dihantar untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Banyak rakaman yang tersebar memaparkan para penduduk yang berlari menyelamatkan diri dari ‘neraka’ yang menghampiri rumah mereka. Jentera pemadam api yang hampir ditelan oleh kebakaran tersebut di kawasan pergunungan Lubnan memaksa Kementerian Dalam Negeri menghantar pasukan yang dilengkapi dengan meriam air untuk membantu.

Di sebalik insiden itu, tular video memaparkan rakaman azan yang berkumandang mengiringi hujan lebat yang didakwa hampir memadamkan keseluruhan kebakaran tersebut.

 

Sumber: Gulf news 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)