Siakap Keli

(Video) Tengah Syok Main Dengan Kawan, Budak Maut Dirempuh Lori Mengundur

Malang tidak berbau. Begitulah kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak yang maut dirempuh sebuah lori daripada arah belakang ketika sedang bermain bersama rakannya.

Dalam kejadian yang berlaku di Guangdong, China, pemandu lori berkenaan dilaporkan secara tidak sengaja melanggar kanak-kanak itu dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa bersama rakannya sedang bermain di lokasi ketika lori itu sedang mengundur kenderaan menghampiri mereka.

Rakan mangsa yang ternampak lori itu segera berlari ke tepi menyelamatkan diri. Malangnya, dia tidak sempat memberi amaran kepada mangsa yang kemudian dirempuh dan terperosok masuk ke bawah lori.

Susulan itu, pemandu lori segera keluar mendapatkan mangsa dan terus menghantarnya mendapatkan rawatan di hospital. Namun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia.

Tonton video di bawah :

https://www.youtube.com/watch?v=ARJ5URGmKuY

Sumber : China Press

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra