Siakap Keli

(Video)’Berpesta’ Jamah Bangkai, Rangka Ikan Paus Ditemui Di Dasar Laut Dalam

Seperti yang diketahui ramai, ikan paus merupakan ‘gergasi’  yang menghuni di kebanyakan lautan. Walaupun ramai yang menggelarnya dengan gelaran ikan paus, namun sebenarnya mamalia ini bukanlah tergolong di dalam keluarga ikan.

Menerusi satu penerokaan di dasar laut, satu pasukan telah menemui rangka ikan paus di dasar Davidson Seamount di pantai tengah California. Sisa rangka ikan paus itu dianggarkan sepanjang 4 hingga 5 meter. Mengikut pengenalpastian spesis ini, pasukan tersebut mengesahkan bahawa ia tergolong dalam kumpulan ikan paus baleen.

Gambar: Pacific Standard

Pasukan penerokaan juga menemui  tulang ikan paus tersebut yang sedang dikeliling oleh cacing pemakan tulang dan hidupan laut yang lain. Ia menjamah dan meragut sisa-sisa daging yang tinggal pada bangkai berkenaan.

Bagi setiap kematian ikan paus, ianya banyak menyumbang kepada nutrien dan sumber makanan terhadap hidupan yang lain. Oleh itu, tidak hairanlah hidupan lain seperti ikan dan sotong bagaikan ‘berpesta’ menjamah sisa-sisa yang tertinggal pada rangka paus tersebut.

Sumber: EXNautilus

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra