Siakap Keli

“Bini Kau Meneran Kau Masuklah Tengok Bro, Aku Gerenti Korang Rasa Insaf,” Pesanan ‘Deep’ Lelaki Ni Buat Menitik Air Mata

Hidup berumah tangga bukan hanya sekadar hubungan suami dan isteri tetapi terdapat tanggungjawab dan beban yang harus digalas. Jika tiada toleransi dan kerjasama antara pasangan maka timbullah perselisihan faham. Seperti suami yang hanya mengharapkan isteri melakukan segala tugas menguruskan rumah tangga termasuk anak-anak tanpa memberi bantuan.

Perkongsian oleh seorang lelaki ini mungkin boleh membuka mata para suami di luar sana untuk menghargai isteri. Nasihat yang diberikan ini berdasarkan pengalamannya selama 15 tahun berkahwin namun perasaan cinta dan kasih pada isteri sedikit pun tidak berkurang.

Aku seorang lelaki dan suami Aku dah berkahwin selama 15 tahun. Ada anak empat orang. Aku sebenarnya rasa tak senang dengan kaum aku sendiri. Tapi tak semua la. Sesetengah lelaki ni jenis yang tak nak tolong bini buat kerja rumah. Aku nak nasihatkan kaum aku.

Masuk tengok isteri bersalin

Kalau la bini korang tengah mengandung, nanti bersalin kalau kau boleh masuk tengok bini kau meneran, kau masuk la tengok bro. Kalau yang tak boleh nak tengok, dalam pantang kau sapu la luka bersalin tu. Aku gerenti korang rasa insaf. Bersalin normal ke czer ke sama je sakitnya.

Bini aku bersalin normal pernah, czer pun pernah. Aku yang letak ubat dekat luka dia. Part beranak pun perempuan ni dah penat bro. Belum lagi bab jaga anak, urus rumah tangga, nak layan kita suaminya. Korang tenung la muka bini korang time dia tidur. Dia punya penat tu bro tak boleh lawan dengan penat kita sebagai lelaki.

Bagi bonus pada isteri

Kenapa aku cakap macam tu? Aku dah buat eksperimen dulu. Mula-mula aku dapat bonus aku bagi duit dekat bini agak banyak juga la. Aku bukan gaji mahal sangat tapi cukup makan pakai tu dah alhamdulillah. Lepas aku bagi duit, dia cakap terima kasih sambil tersenyum simpul macam baru kahwin.

Lepas tu minggu depan pulak aku apply cuti. Aku cuba bangun awal dari bini aku. Biasa kalau waktu budak-budak sekolah dia bangun pukul 5 pagi tapi aku kena bangun awal dari dia. Korang tau aku bangun pukul 3.30 pagi bro. Aku basuh baju, kemas rumah, gosok baju sekolah anak-anak, buat sarapan. Kira semua kerja bini aku clear pagi tu sebelum aku pergi surau aku kejut bini aku.(Aku saja off kan alarm phone dia jangan bagi dia bangun awal).

Isteri tak berhenti cakap terima kasih

Korang tau bini aku punya suka senyum sampai ke telinga bro siap cium aku banyak kali. (Dah batal wuduk aku.) Aku nampak dia betul-betul happy sangat. Balik surau dia sambut aku depan pintu cium aku lagi. Cakap terima kasih banyak-banyak sebab settlekan semua kerja dia pagi tu.

Seharian aku nampak mukanya senyum memanjang. Aku cakap dalam hati penat tahap gaban jadi suri rumah ni ye. Bini kita ni bro dia penat sangat bro. Kita lelaki kena tolong diorang walau hanya masukkan baju dalam mesin basuh lepas tu tekan butang tu pun diorang dah suka sangat.

Bila kau balik dari kerja kau simpan dulu phone mahal tu kejap. Bagi perhatian pada bini. Dengar apa yang nak diceritakan (walaupun aku kadang-kadang tak berminat juga nak dengar) tapi aku tetap pandang muka bini aku bila dia bercakap.

Kita suami tetap handsome walau kena jemur baju dekat ampaian luar

Sesekali bagilah bini tu rehat. Kita lelaki tak kan jatuh maruah bila ke dapur bro. Kita tetap handsome walau kena jemur baju dekat ampaian luar. Lantak la makcik bawang nak mengata bini kau queen control. Aku nak tanya la para isteri, korang mesti harap suami korang tolong korang buat kerja rumah kan.

Aku nak tengok berapa ramai suri rumah sokong aku. Sorry la aku tak pandai nak mengarang cerita tapi yang pasti aku sayang bini aku dunia akhirat. Sejak dari tu aku rajin tolong bini aku. Kot-kot la ada harapan dapat baby sorang lagi. Doakan aku ye.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra