Siakap Keli

Coway Malaysia Berkongsi Pengetahuan Di Pesta Coway Fiesta Mengenai Risiko Kesihatan

Coway Malaysia, sebuah syarikat yang mengutamakan kesejahteraan manusia, telah mengadakan pesta ‘Coway Fiesta’ dimana para pengunjung dapat mempelajari tentang risiko kesihatan yang wujud di sekeliling kita pada hujung minggu yang lepas.

Pesta yang berlangsung selama 5 hari di IOI City Mall, Putrajaya, telah menyaksikan pelbagai gerai yang unik dan interaktif dimana orang ramai dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang risiko kesihatan yang sering wujud tanpa kita menyedari.

 

“Dengan perubahan cuaca sejak kebelakangan ini, sistem imun kita menjadi semakin lemah, dan ini menjadi punca kita mudah jatuh sakit – lagi-lagilah jika persekitaran kita mempunyai risiko kesihatan yang tidak dapat dielakkan,” kata Encik Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Woongjin Coway (Malaysia) Sdn Bhd.

“Kami ingin mewujudkan kesedaran tentang risiko-risiko ini di kalangan orang ramai dan memaklumkan kepada mereka tentang cara perlindungan yang terbaik agar kehidupan seharian kekal murni, bersih, dan selamat,” kata Encik Kyle.

Paparan pelbagai risiko kesihatan melalui akitiviti interaktif di gerai-gerai seperti ‘Clean Air Experience’, ‘Hazard Bottles’, dan ‘Bed Alert Mattress’ bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pengunjung untuk lebih berwaspada dengan kuman-kuman yang berada di sekeliling kita.

Para pengunjung juga dimaklumkan di gerai Coway’s Happy Water Project tentang kesusahan rakyat negara yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan air yang bersih. Gerai ini memberi tumpuan kepada pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Coway, terutamanya Happy Water Project, suatu inisiatif yang memastikan masyarakat Orang Asli mempunyai akses kepada keperluan air bersih sejak permulaan inisiatif ini tiga tahun yang lalu.

Di samping itu, gerai CodyNation juga disambut dengan baik dimana para pengunjung dapat mempelajari dengan lebih lanjut lagi mengenai Coway Ladys (CODYs) dan perkhidmatan yang disediakan termasuk peranti perkhidmatan terkini iaitu Hi-Care 2 yang berfungsi untuk memastikan produk pelanggan kekal mantap.

Bukan sahaja itu, pesta Coway Fiesta juga dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa oleh pelakon dan penghibur terkenal tanah air, Adibah Noor, yang telah mengagumkan orang ramai dengan persembahan khas CODYnation yang mengutamakan empat ciri utama CODY: Speedy, Expert; Caring; Alert.

Para pengunjung Coway Fiesta juga dapat bertemu dengan Dato’ Fazley Yaakob, selebriti MasterChef Malaysia, yang telah menyediakan ayam goreng Korea bersama hidangan salad yang berkhasiat semasa demonstrasi memasak beliau. Pesta ini juga dimeriahkan dengan penampilan khas selebriti-selebriti terkenal seperti Elizabeth Tan, Jinnyboy, Naddy Sushi, Arwind Kumar, Sean LJE, Dr. Say Shazril dan ramai lagi.

Selain itu, para pengunjung Coway Fiesta juga seronok menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik, seperti penyediaan minuman detoks sendiri di bengkel ‘Get Your Healthy Bottle”. Bengkel kraftangan yang menggunakan bahan kitar semula juga telah disediakan khas buat kanak-kanak.

“Sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kesejahteraan dan kualiti hidup para pengguna, kami teruja dengan peluang yang membolehkan kami berkongsi pengetahuan tentang risiko kesihatan dengan cara yang menyeronokkan dan sambil itu, memaklumkan kepada semua tentang motif Coway yang mengutamakan komuniti kerana di Coway, kami amat mementingkan pemberian kembali khas buat mereka yang telah banyak menyokong kami dalam perjalanan ini,” ujar Encik Kyle.

Sofea

There's always another side to every story