Siakap Keli
Gambar: Twitter @azamahayat

“Inilah Negeri Laskar Pelangi”, Lelaki Kongsi Pengalaman Bercuti 4H3M Di Belitung, Indonesia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Percutian adalah sesuatu yang pastinya amat disukai oleh semua orang. Percutian bukan sahaja bagus dalam menghilangkan stress kerana bekerja, ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara keluarga dan rakan-rakan.

Percutian yang bagus adalah percutian yang mengikuti segala jadual perjalanan dan perbelanjaan yang telah ditetapkan. Setiap daripada kita pastinya akan mengatur segala perbelanjaan yang bakal dikeluarkan untuk mengelakkan daripada ketiadaan duit semasa di negara orang.

Seorang pengguna Twitter yang bernama @Bangjamm77 ada berkongsikan tentang perbelanjaannya semasa bercuti di Belitung, Indonesia. Untuk sesiapa yang bercadang boleh lah merujuk pada perbelanjaan yang telah dikongsikan mereka ini seperti berikut:

Memandangkan AirAsia dah buka route ke Belitung, saya share trip saya ke sana yang lalu. Sebuah pulau yang masih tidak ramai pengunjung. Cukup 4hari 3malam untuk menikmati keindahannya. Inilah Negeri Laskar Pelangi

Saja nak share thread pergi belitung, Indonesia

A Thread

Belitung, Indonesia. (Negeri laskar pelangi)

-flight : KUL-TJQ-KUL(Promo RM250/ 1 org)
-Hotel: Casa beach hotel(RM250+ 4 hari 3 mlm)
-Taxi : Airport-Hotel-Airport(180k Rp)

-2 buah Skuter: 4 hari 3 malam (630k Rp)

Boat island hopping: maximun 16 orang (500k Rp) 6 check point 9.00 am- 5.00pm.
– 1 simkad Telkomsel : (70k Rp)8 gb untuk kegunaan sebulan.
– Petrol : habis dalam bawah RM30 untuk pusing-pusing belitung

1st day

~belitung timur
-dermaga kirana
-sekolah laskar pelangi
-museum andrea hirata

2nd day

~island hoping
-lighthouse
-tanjung kepayang
-batu garuda
-tanjung kelayang
*habis island hoping lepak kat pantai tanjung tinggi untuk sunset..cantik gila..time sunset ramai orang.

3rd day

~southern belitung
-batu baginda
-open pit kelapa kampit
-air terjun Taman wisata batu mentas
~danau kaolin Banyak makanan best kat sini yang korang patut try
*kopi kong djie (banyak area bandar tanjung pandan)
*nasi dulang/mee belitung dekat Rumah makan Wan Bie
*kalau korang nak makan seafood murah, boleh try dekat kedai Raja Seafood (memang sedap dan murah)
*area pantai tanjung tinggi pon banyak deretan kedai makan boleh pilih sendiri
Tips 1. Kalau nak pergi island hopping tu buat siap-siap makanan ikan ye.(story ig)
Tips 2. Sediakan waterproofs bag dan case kalau nak pergi island hopping
Tips 3. Jangan lupa layan sunset dekat akaula cafe siap boleh layan live band lagi. Nanti boleh tengok story highlight dekat ig saya Instagram: azamahayat Bye! Selamat bercuti!

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.