Siakap Keli

Kenali Siapakah Si Kucing ‘Famous’, Gambar Meme Diguna Netizen Seluruh Dunia

Sekiranya anda seorang yang sering menjengah ke dalam laman media sosial, sudah pastinya anda pernah melihat gambar seekor kucing berwarna putih yang berlegar di dalam pelbagai aplikasi seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram. Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah haiwan peliharaan itu menjadi tular di media sosial?

Kucing berwarna putih yang dinamakan Smudge itu mula tular apabila seorang pengguna Twitter, Missingegirl memuat naik ciapan gambar yang menggabungkan imej Smudge dengan babak Taylor Armstrong dari “The Real Housewives of Beverly Hills”. Ciapan tersebut telah meraih sebanyak 78,900 ulang kicau dan yang paling mengagumkan ialah sebanyak 276,800 tanda suka dalam tempoh dua bulan.

Menurut Miranda, pemilik Smudge, gambar tular itu pada mulanya diperolehi ketika Smudge sedang berada di meja makan. Sememangnya, Smudge akan sering berada di meja makan dan sekiranya dia tidak mempunyai kerusi, dia pasti akan melompat ke kerusi orang lain. Pada masa gambar berkenaan diambil, kucing itu mempamerkan reaksi muka terkejut apabila melihat terdapat sayur-sayuran di atas meja.

Gambar itu berlaku kerana dia mengambil tempat duduk di meja, dan saya rasakan dia tidak menyukai apa yang kami makan untuk makan malam.

Apabila ditanya bagaimanakah reaksi Miranda selepas mengetahui kucing peliharaannya tular di media sosial, Miranda nyata terkejut pada mulanya. Pun begitu, dia berasa gembira melihat dan membaca segala komen yang diturunkan oleh warganet mengenai kucingnya itu.

Siapa sebenarnya kucing tular ini ?

Smudge adalah seekor kucing yang mula tular apabila gambarnya duduk berhadapan pinggan yang dipenuhi salad digabungkan dengan gambar Taylor Armstrong yang dijadikan sebagai “Woman Yelling at a cat meme”. Menurut pemiliknya, kucing comel ini dianggarkan berumur 6 tahun. Perkara ini tidak dapat dipastikan ekoran pemiliknya mendedahkan bahawa dia tidak menerima kucing ini sejak kecil dan tidak boleh menentukan umurnya yang sebenar.

Smudge adalah seekor kucing yang sangat pemalu, tapi sekiranya ia telah mengenali anda, dia boleh menjadi kucing yang paling penyayang.

Kucing yang diberi nama Smudge itu tular di media sosial sehingga ditubuhkan laman Instagram buatnya. Meninjau laman Instagram dengan nama smude-lord, akaun kucing berkenaan mempunyai  hampir mencecah 800 ribu pengikut.

Bukan itu sahaja, ‘kelibat’ kucing ini juga sering dijumpai di atas jalan raya apabila kebanyakan pemandu menampal ‘sticker’ gambarnya pada bahagian cermin belakang kenderaan mereka.

Selain daripada reaksi terkejut berhadapan dengan pinggan dipenuhi sayur-sayuran, Smudge juga sering melakukan pelbagai reaksi yang lain.

Reaksi terkejut yang dibuat oleh kucing berkenaan sangat menarik perhatian apabila digabungkan dengan pelbagai gambar berlainan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Tidak terlepas, rakyat Malaysia juga turut menggunakan gambar kucing ini sebagai meme dalam menzahirkan sesuatu rasa tidak berpuas hati. Kami kongsikan beberapa meme kucing comel ini untuk tatapan anda.

 

Sumber: Boredpanda/ smudge_lord

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra