Siakap Keli
Kredit: Science Alert

Kes Masalah Paru-Paru Akibat ‘Vape’ Di Amerika Catat 33 Kematian, Ribuan Lagi Sedang Dirawat

Washington, 18 Okt – Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyatakan sebanyak 1,479 kes kecederaan paru-paru dilaporkan setakat 15 Oktober lalu.

Sebanyak 33 kematian dicatatkan dalam 24 negeri berlainan di AS dengan umur median 44 tahun.

Menurut CDC, seramai 78 peratus daripada 849 pesakit didapati menggunakan produk mengandungi THC, bahan psikoaktif di dalam ganja tiga bulan sebelum simptom bermula.

“Kes ini amat rumit. Ia boleh menyebabkan kematian dengan separuh daripada kes memerlukan rawatan rapi,” kata Timbalan Pengarah CDC, Anne Schuchat ketika persidangan Rabu lalu.

Tambahnya, musim selesema mungkin menyebabkan usaha mengatasi kes ini semakin rumit. Pesakit yang mengalami masalah paru-paru berkait penggunaan rokok elektrik lebih terdedah kepada influenza dan penyakit pernafasan yang lain.

Berikutan peningkatan kes kematian berkait penggunaan ‘vape’ ini, agensi US Food and Drug Administration mewujudkan polisi yang menarik semua produk rokok elektrik tanpa kebenaran.

CDC turut menggesa orang ramai berhenti daripada menggunakan semua rokok elektrik berikutan punca sebenar kecederaan paru-paru masih belum diketahui.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.