Siakap Keli

Kisah Haru Dan Menginspirasi, Anak Tepis Malu, Bangga Dibesarkan Bapa Sindrom Down

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Selagi hayat dikandung badan, tidak ada yang boleh menggantikan nilai kasih sayang kedua insan ini terhadap anak-anak.

Seperti kisah menyentuh hati seorang bapa penghidap sindrom down yang mampu memberikan kehidupan sempurna kepada anak lelakinya sama seperti bapa normal yang lain.

Kisah mengenai Jas Issa menyentuh hati ramai apabila anak lelaki tunggalnya, Sader Issa memuat naik sekeping gambar bersama bapanya di media sosial.

Melalui kapsyen yang ditulis, Sader meluahkan perasaan bangga terhadap bapanya yang merupakan seorang penghidap sindrom down.

Menjadi seorang ayah selama 21 tahun

Jika aku harus memilih, aku tidak akan pernah ingin memilih orang lain untuk menjadi ayahku

Berdasarkan satu video temu bual, pemuda berusia 21 tahun dari Syria itu turut berkongsikan kisah bagaimana dia dibesarkan oleh seorang bapa penghidap sindrom down dan ibu yang normal.

Walaupun dalam keadaan begitu, ianya tidak menjadi penghalang untuk bapanya bekerja keras sebagai pekerja di kilang gandum selama 25 tahun. Dengan hasil pendapatan melalui pekerjaan itulah, dia menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Malah, apa yang lebih membanggakan, Sader bekata, ayahnya merupakan pendukung terbesar dalam pembelajarannya sehingga dia kini berjaya menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran.

”Salah satu hal yang saya banggakan adalah ketika dia memperkenalkan saya kepada orang baru dan dia berkata, ‘Anak saya seorang doktor.’

”Anda boleh melihat kebanggaan dan kegembiraan di matanya.

”Seperti yang dia katakan pada saya: Saya menghidap down sindrom, tetapi saya membesarkan anak saya dan melakukan segalanya untuk membantunya menjadi doktor yang akan merawat orang lain. Saya bangga padanya…”

Jelas Sader, pengorbanannya ayahnya selama ini dalam memberikan kehidupan yang terbaik bagi mereka menjadi pendorongnya untuknya menjadi seorang anak yang baik.

”Melihat semua yang telah ia lakukan, itu tentu saja mendorong saya untuk melakukan semua yang saya boleh lakukan agar kemudian saya dapat menjadi orang yang baik.”

Paling menyentuh perasaan apabila pemuda ini berkata, dia  berbangga dengan ayahnya dan jika ia harus memilih, dia tidak akan pernah ingin memilih orang lain untuk menjadi ayahnya.

”Aku bangga padanya, sama seperti dia bangga padaku,” kata Sader.

Seorang suami dan seorang teman terbaik buat ibu

Jas bukan hanya bapa yang baik, dia juga seorang suami yang baik. Menurut Sader, ayah dan ibunya hidup dalam penuh rasa cinta sama seperti insan lain.

”Mereka memiliki kehidupan yang penuh cinta, kesederhanaan, dan kerendahan hati dalam segala hal,” kata Sader.

Malah, kata Sader, bapanya bukan hanya memiliki hubungan baik dengan keluarga, malah turut disenangi jiran tetangga dan rakan-rakan.

”Hubungan sosialnya ` dan murni kerana dia mencintai semua orang dan siapa pun, dan sebagai gantinya, semua orang mencintai dan menghormatinya, dan memperlakukannya seperti orang biasa,” jelas Sader.

Tonton video di bawah : 

Sumber : Instagram saderissa/KatolikNews

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.