Siakap Keli

Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Hina Agama Islam

GEORGE TOWN, 18 Oktober (Bernama) – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata polis menahan lelaki berkenaan selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Selasa lepas, dan lelaki berumur 63 tahun itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut kes itu termasuk melengkapkan siasatan dengan merekodkan keterangan daripada beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang membuat laporan polis berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis menerima lapan laporan selepas laman sosial Facebook lelaki yang menggunakan nama ‘KT Vasagam’ itu memuatkan kenyataan yang dikatakan menghina agama Islam pada hari Isnin lepas menjadi tular.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.