Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Tak Sedar Pakai ‘Earphone’ Dengar Lagu Ketika Tidur, Berisiko Jadi Pekak Di Usia Muda

Earphone atau headphone sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat sekarang khususnya anak muda yang gemar memakainya ketika mendengar muzik, bermain game serta menonton filem.

Mungkin ada juga segelintir yang gemar memakai alat tersebut semata-mata untuk tampil bergaya. Namun, pernah tak anda terfikir tentant kesan yang akan menimpa seseroang yang terlalu obses memakai alat tersebut.

Dr Mohd Shaiful Nizam berkongsai di laman Twitternya untuk merungkai implikasi yang akan berlaku jika seseorang itu memakai earphone terlalu lama.

Tahukah mereka akan risiko yang bakal dialamai jikalau mendengar muzik yang terlampau kuat dan lama menggunakan earphone itu mampu merosakkan deria pendengaran? Iya! Lebih parah jika tidur hingga ke pagi sambil “on music”.

Menurut doktor ini, keadaan tersebut terjadi apabila berlaku kerosakan kepada sel-sel rambut dalam organ koklea di dalam telingga kita yang berfungsi untuk menukarkan buntyi kepada gelombang elektrik untuk dihantar ke otak.

Tambahnya lagi, mengikut ukuran bunyi, muzik yang terlampau kuat, iaitu melebihi 90 decibel (dB) secara berterusan mampu merosakkan sel sel rambut ini. Malah dalam satu kajian mendengar muzik melebihi 120dB mampu menyebabkan pengguna Ear Phone menjadi pekak serta merta.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO ) pernah melaporkan kira-kira 1.1 billion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun – 35 tahun berisiko alami masalah pendengaran disebabkan oleh tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi (alat audio, konsert & tempat kerja).

Tanda-tanda anda mempunyai masalah pendengaran

Cara untuk kurangkan risiko masalah pendengaran ini

Golongan lain yang berisiko mengalami kehilangan pendengaran adalah pekerja kilang yang saban hari terdedah kepada bunyi mesin/peralatan yang kuat. Golongan ini perlulah jalani ujian saringan pendengaran yang sepatutnya telah diaturkan oleh pihak Majikan.

“Alah, x dengar skit je..lagipon mana ada sakit. OK je nie.. ” – Jauhilah prasangka seperti ini.

 

Sumber: Dr. ShaifulNizam

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)