Siakap Keli

Reman Suspek Kes Penemuan Lapan Bahagian Tubuh Mayat Manusia, Disambung

MELAKA, 18 Okt (Bernama) — Lelaki warga Singapura yang disyaki terlibat dalam kes penemuan lapan bahagian tubuh mayat manusia, dipercayai milik lebih daripada seorang individu, di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong di sini, disambung reman selama tujuh hari sehingga 24 Okt ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman itu, selepas membenarkan permohonan polis terhadap lelaki tersebut, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 10 Okt lepas, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap, berselerakan di kawasan tersebut dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Sabtu lepas, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim dilaporkan berkata polis tidak menolak kemungkinan penemuan lapan bahagian tubuh manusia, dipercayai mangsa bunuh adalah milik dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Okt lalu.

Susulan itu, seorang lelaki warga Singapura ditahan, dengan kerjasama polis Singapura dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan.

Sebelum ini suspek direman tujuh hari bermula 12 Okt lepas.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa