Siakap Keli

Tular Isu Komik Propaganda Politik, PM Nafi Hadiahkan Komik Yang Sama Kepada Presiden China

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa mereka akan mengambil keterangan pihak yang terbabit berkaitan dengan pengedaran komik propaganda yang didakwa diedarkan ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di seluruh negara.

Malah Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohd ada memuatnaik kenyataan di laman sosialnya tentang isu ini.

Kenyataan Akhbar Berkenaan Isu Komik

Buku ini bukan hadiah rasmi semasa pertemuan tersebut dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul. Perdana Menteri tidak pernah terlibat di dalam penerbitan buku ini atau mengetahui isi kandungannya.”

Beliau juga tidak pernah memberi persetujuan agar gambar beliau digunapakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik tersebut diedarkan di sekolah.

Sumber: Dr. Mahathir Mohd

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.