Tular sebuah video memaparkan beratus-ratus orang didakwa merupakan tahanan Muslim Uighur di China. Lebih memilukan apabila melihat keadaan para tahanan yang ditutup mata, diikat tangan sambil diawasi oleh anggota keselamatan berpakaian SWAT.
Walaubagaimanapun, ketika ditanya oleh CNN, Pegawai Kementerian Luar Negeri China tidak memberikan sebarang komen mengenai video yang tersebar itu.
Pihak berkuasa Xingjiang pula mendakwa bahawa tindakan tersebut sebenarnya merupakan hukuman sepatutnya yang dikenakan kepada pesalah mengikut undang-undang. Malah ia turut dipraktikkan oleh beberapa negara lain.
New footage reveals hundreds of Muslims blindfolded and tied up in government-run concentration camps in China pic.twitter.com/IYjpn9w5L4
— NowThis (@nowthisnews) September 29, 2019
Berikut adalah komen-komen yang diberikan netizen terhadap video dakwaan yang tular itu.
Seseorang sanggup merisikokan nyawanya untuk merakam, tetapi tiada liputan media yang ‘kisah’ tentang isu ini
Sejarah berulang sendiri di depan mata kita namun tiada siapa pun yang lakukan apa-apa
Saya selalu melihat post seperti ini setiap minggu namun orang ramai masih tidak mengambil peduli tentang apa yang berlaku di sana
Memang banyak artikel dan kisah tentang isu ini dipaparkan tetapi sampai sekarang masih tiada apa dilakukan oleh pihak bertanggungjawab
Kepala dicukur, tangan diikat, mata ditutup dan dibawa menaiki keretapi ke kem tahanan atas nama ‘undang-undang’
Sumber: CNN & Twitter