Siakap Keli
Gambar: chiangraibulletin.com

Umpama Di Eropah, Thailand Dijangka Alami Musim Sejuk Suhu Serendah 7 Darjah Celcius

Musim sejuk telah mula melanda Thailand sejak semalam (Khamis) selepas suhu di negara itu dicatatkan semakin menyejuk dan purata taburan hujan menurun di bahagian atas negara tersebut.

Phuwiang Prakhammin, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, pada Isnin telah mengumumkan permulaan musim sejuk yang telah melanda Thailand. Beliau menjangkakan bahawa musim sejuk tersebut akan berterusan sehingga pertengahan Februari depan.

Beberapa wilayah di Thailand seperti Chiang Rai, Nan, Nakhon Phanom dan Sakol Nakhon telah mencatatkan suhu yang rendah daripada biasa.

Purata suhu di seluruh negara Thailand dijangka akan mencatatkan menjadi serendah 20-21 darjah Celsius, katanya. Sejuk sehingga tahap beku berkemungkinan berlaku di puncak gunung pada bulan Disember dan Januari.

Menurut Phuwiang, antara wilayah yang dijangka bakal mengalami suhu serendah kira-kira 7-8 darjah Celsius ialah Chiang Rai, Nan, Nakhon Phanom dan Sakol Nakhon, manakala Bangkok pula bakal mencatatkan suhu yang paling rendah pernah dicatatkan bagi tahun ini iaitu sekitar 15-17 darjah Celsius.

Pada Isnin dan Selasa, hujan lebat berkemungkinan besar masih lagi akan turun di bahagian atas Thailand. Selepas itu hujan akan berkurang, angin akan menguat dan suhu akan menurun sebanyak 2-3 darjah Celcius, katanya.

Sumber: Bangkok Post

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.