Pencarian yang dilakukan oleh anggota bomba selama hampir 20 minit untuk mengesan seorang mangsa kemalangan yang dipercayai lemas di sebuah tali air berakhir dengan insiden lucu apabila mengetahui bahawa individu berkenaan sebenarnya telah pulang ke rumah untuk menukar bajunya yang basah.
Detik cemas pencarian itu sempat dirakam oleh orang awam di Ladang Kelompang, Kuala Gula, Parit Buntar. Difahamkan, inidvidu terbabit berjaya menyelamatkan diri setelah kenderaan yang dipandunya terbabas masuk ke parit sedalam 1.5 meter itu.
Insiden itu mula tular petang tadi apabila salah seorang pengguna Facebook memuatnaik hantaran mengenai kejadian itu.
“Sebuah kereta terbabas ke dalam parit di Jalan Kuala Gula, Kuala Kurau pada petang ini. Pihak bomba jenuh mencari pemandu. Rupanya pemandu, seorang lelaki Cina, telah balik ke rumah untuk mandi dahulu sebelum pihak bomba tiba di lokasi.”



Kejadian mencuit hati itu disambut dengan pelbagai rekasi dan komen dari netizen.
Yang ni lawak, tak inform buat orang risau, buatlah laporan kalau ye pun
Serious la, tak tahu nak kesian ke nak gelak
Tak ketinggalan, ada juga individu yang berkongsi pengalamannya yang pernah mengalami situasi sebegini.
Dulu pernah ada lori masuk parit. Kami dan bomba siap guna backhoe korek. Rupanya kawan dia turun dulu dari lori pergi kedai makan
Aku kesian kat abam bomba tu kena selam pulak, suabas abam bomba
Ingatkan lemas tapi balik tukar bajuOleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzibhnews@bh.com.myBAGAN SERAI: Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau bertindak menyelam bagi mencari mangsa yang dikhuatiri terperangkap dan lemas dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam parit di Jalan Kuala Gula, di sini, hari ini.Jurucakap BBP Kuala Kurau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 2.31 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.Sebaik tiba di lokasi, beberapa anggota bertindak terjun ke dalam parit bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap di dalam kereta jenis Mercedes Benz itu.“Selama 15 minit operasi mencari mangsa dijalankan, namun tiada orang ditemui dalam kenderaan itu.“Ketika operasi sedang dijalankan, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an tiba di lokasi kejadian dan memaklumkan dia adalah pemandu serta pemilik kereta itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Beliau berkata, lelaki itu memberitahu kenderaannya hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit kira-kira jam 1.30 tengah hari akibat cuba mengelak babi hutan yang melintas secara tiba-tiba.“Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaannya sebelum pulang ke rumah dengan dihantar rakan.“Lelaki itu memaklumkan dia pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan menukar pakaian sebelum datang semula ke lokasi untuk melihat kenderaannya yang hampir tenggelam,” katanya.https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/619162/ingatkan-lemas-tapi-balik-tukar-baju
Posted by Kerian Infozone HQ on Friday, 18 October 2019
Sumber: Hishamuddin Ahmad Zaki