Siakap Keli
Gambar: Google

(Video) Insiden Artis Korea Mati Bunuh Diri, Lelaki Ini Dedah Realiti Sebenar Industri K-POP

Pada hari ini, industri hiburan Korea yang semakin meningkat naik ini telah berjaya mengembangkan pengaruhnya ke serata dunia. Di Malaysia sendiri, kebanyakan generasi muda pada hari ini rata-ratanya amat meminati serta ada juga yang mengidolakan artis k-pop ini.

Kesan pengaruh k-pop di Malaysia ini juga boleh dilihat apabila pelbagai restoran-restoran yang berasaskan makanan Korea banyak dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Secara tidak langsung, ianya juga bertindak sebagai salah satu bentuk promosi untuk negara Korea Selatan.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa artis-artis k-pop ini terdiri daripada individu yang berbakat. Bukan sahaja berbakat, bahkan rupa paras yang dimiliki oleh mereka juga secara tidak langsungnya berjaya menarik peminat-peminat fanatik ini untuk mengidolakan mereka.

Namun, apa yang kita tidak ketahui ialah artis-artis k-pop ini sebenarnya tertakluk dalam satu perjanjian yang ditandatangani dengan syarikat rakaman yang menjaga mereka sejak dari muda lagi bagi membentuk keperibadian mereka.

Sebenarnya, bukanlah senang untuk menjadi artis k-pop sehingga dikenali di serata dunia. Banyak juga cabaran-cabaran dari segi fizikal serta emosi yang perlu mereka tempuhi. Ada artis-artis ini yang mengalami depresi kerana terpaksa menurut segala yang diperlukan syarikat rakaman.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Aiman Khalid ada berkongsikan tentang bagaimana sistem yang diguna pakai industri k-pop ini pada artis bawah naungan sesebuah syarikat rakaman. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

K-Pop & Kerangka yang rosak.

Rakan Korea di tempat kerja semalam ada berkongsi tentang berita seorang artis kpop bernama sulli membunuh diri, punca utamanya adalah masalah depresi. Sulli merupakan bekas ahli kumpulan f(x) dan meninggalkan kumpulan itu pada 2014 selepas dikecam peminat dan rakyat cyber, dan masalah depresinya bermula sejak dari itu.

Hakikatnya, masalah bunuh diri dalam kalangan orang korea dan artis k-pop bukan masalah baru. Malah, Korea Selatan mencatatkan rekod negara tertinggi dalam carta rekod bunuh diri di kalangan negara OECD (high-income countries).

 

Jadi, persoalannya dimanakah silapnya? Dalam Kes K-Pop ini, Punca utamanya adalah kerana K-Pop itu sendiri lahir daripada sistem atau kerangka yang rosak.

Dalam sistem ini, bakal artis direkrut oleh agensi sejak dari umur 12 atau 13 tahun, mereka diminta untuk tinggal di asrama yang dimana disitu agensi mereka akan mengawal berat dan bentuk badan mereka, ada yang sehinggakan diminta untuk melakukan pembedahan plastik.

Artis yang di latih, gaji mereka akan dipotong sebagai pembayaran balik upah agensi yang melatih menari, menyanyi, kos sara hidup. Keuntungan satu kumpulan kpop di bahagikan sehingga pada kadar 80 (agensi):20 (Kumpulan Kpop).

Hasil daripada sistem ini? Lahirlah artis K-pop yang kelihatan serba serbi sempurna. Ini menyebabkan peminat menjadikan mereka idola dan matlamat kehidupan.

Satu standard kecantikan, kesempurnaan yang perlu dicapai oleh semua orang. Kesannya, peminat mula melakukan pembedahan plastik demi mencapai tahap kesempurnaan idola mereka.

Maka tidak pelik apabila International Society of Aesthetic Plastic Surgery;UN menyenaraikan Korea Selatan sebagai negara tertinggi kadar pembedahan plastik per capita dengan statistik menunjukkan 1 Juta pembedahan plastik telah dilakukan dalam tempoh setahun, iaitu bersamaan juga dengan nisbah 1 dalam kalangan 3 perempuan korea.

Pengaruh utamanya adalah K-Pop. Mereka sentiasa merasa serba kekurangan kerana terpengaruhnya kesempurnaan idola mereka. Tidak cukup dengan itu, disebabkan kerangka yang rosak ini, lahirlah peminat yang fanatik. Menulis surat dengan menggunakan darah.

Cubaan untuk menculik artis malah ada yang menceroboh bangunan tempat tinggal artis tersebut. Berlakulah kecam mengecam antara kumpulan peminat. Artis juga diserang mentalnya dengan cacian sekiranya bertindak dari luar kemahuan peminat.

Hasil daripada sistem ini, lahirlah masalah-masalah yang hanya ada pada industri musik K-Pop tapi tiada pada yang lainnya. Siapakah yang dapat untung daripada semua ini?

Kerajaan Korea kerana mengunakan K-Pop untuk memperkenalkan produk-produk korea kepada dunia. Mempromosikan korea untuk meningkatkan sektor pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Korea dan dijangka mampu menjana $51Bil menjelang 2020. 

Gambar Koleksi rahang manusia yang telah berjaya di potong di sebuah klinik pembedahan plastik di korea.

– Jang Ja-yeon, bunuh diri, punca depression “modern-day sexual slavery in the Korean entertainment industry”

– Seo Ji-won, bunuh diri, punca depression “concerns about the sudden success of his debut album, and whether its follow-up, would be equally successful.”

 Jeong Da-bin, bunuh diri, punca depression “depressed over her lack of work, the imprisonment of her previous manager, and online attacks about her appearance.

 U;Nee, bunuh diri, punca depression “depressed by online criticism”

 Jonghyun, bunuh diri, punca depression

https://www.youtube.com/watch?v=ClVqqJ3Peuc

Sumber: Aiman Khalid

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.