Siakap Keli

(Video) Lelaki Rebah Tertolak Wanita Jatuh Atas Landasan Keretapi, Mujur Sempat ‘Brake’

Keadaan di sebuah platform keretapi bawah tanah Buenos Aires menjadi kecoh apabila seorang wanita terjatuh ke landasan. Rakaman kamera keselamatan memaparkan seorang lelaki tiba-tiba pengsan dan secara tidak sengaja ‘menolak’ wanita berkenaan jatuh.

Orang ramai yang cemas terlihat melambaikan tangan dan beg mereka untuk menarik perhatian pemandu supaya menghentikan keretapi bawah tanah itu.

Sebaik sahaja keretapi itu berhenti, orang ramai bergegas melompat ke trek untuk menyelamatkan wanita terbabit. Pihak polis dan para petugas kecemasan tiba di tempat kejadian dan membawa wanita itu untuk rawatan susulan.

Menurut laporan terkini, pinggul wanita berkenaan didakwa patah manakala lelaki yang pengsan itu mengalami luka yang dalam di bahagian kepalanya.

Malah lelaki tersebut didakwa sempat menghantar mesej kepada isterinya bahawa dia berasa kurang sihat pada hari berkenaan.

Sumber: ABC & News 18

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)