Sebuah taman zoologi di Paris telah mempamerkan satu organisma yang digelar sebagai ‘Blob’. Ia merupakan organisma hidup (unisel0 yang kelihatan seperti kulat namun mampu bergerak dan mempunyai sifat persis seperti haiwan.
Organisma aneh itu didakwa tidak mempunyai mulut, perut, tiada mata namun ia mampu mengesan makanan dan mencernanya.
Paling menarik, organisma bentuk seakan-akan lendir itu mempunyai 720 jantina, boleh bergerak walaupun tidak mempunyai kaki dan ia dapat menyembuhkan dirinya sendiri dalam tempoh dua minit.
“‘Blob’ itu merupakan organisma yang hidup disebalik alam semulajadi yang Penuh misteri ini” Kata, Bruno David, Pengarah Muzium Sejarah Alam Paris
“Lebih mengejutkan apabila ia tidak mempunyai otak tetapi ia mampu belajar dan jika digabungkan dua blob bersama, salah satu daripadanya dapat memindahkan maklumat atau pengetahuan kepada yang lain.”
« Le #blob est difficile à placer dans l’arbre du vivant. (…) Il nous apprend bien des choses sur la richesse de la vie sur Terre », explique @BrunoDavidMNHN.
Rendez-vous dès samedi au @zoodeparis pour entrer dans la blob-zone ! 🎉@CNRS #RDVSauvage #5AnsZoodeParis pic.twitter.com/B6lQ7gnjDQ— Zoo de Paris (@zoodeparis) October 16, 2019
😮 Ce n'est ni un animal, ni une plante… Voici le "#blob".
Un être vivant qui fascine les chercheurs !▶ le #18h pic.twitter.com/nVPcPkgVe1
— 20h France2 (@20hFrance2) October 17, 2019
Sumber: The Guardian & Twitter